MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi! Pakej FAMILY DAY Tempah Dulu Tarikh Kemudian

Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan. Berita baik untuk yang sedang merancang mahupun sudah merancang bagi mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan. Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900. Banyak tu. Nak tahu apa pakej yang ditawarkan?

Baca: Suasana Desa di Agrofarmstay Melaka

Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tetapkan tarikh family day kemudian. Sedia maklumlah kan, bukan mudah nak organize family day. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga pun makan masa. Iyealah, kan orang tu free..orang yang ni pula tidak free.. mestilah nak semua ada bila adanya family day…. nama pun family day kan. Disebabkan tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

 

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.

Pelbagai Aktiviti Dalam Pakej

Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi.  Agrofarmstay Melaka turut menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , tapi bawa joran sendiri.

Pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh bagi haiwan makan. Untuk kanak-kanak, ada  pertandingan mewarna. Ada hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Paling best. banner family day dengan nama family masing-masing disediakan percuma. Wah. Banyak kan aktiviti.

Harga yang di tawarkan.

Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax). Dan harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780.

RM139 per pax sahaja.

Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax.

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web di:

Web : https://agrofarmstay.my

Facebook Page : www.facebook.com/agrofarmstay

Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647

Office:
06 – 232 2761

About emarieys

Ema has written 1139 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
1 Shares
News Reporter
Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

1 thought on “MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi! Pakej FAMILY DAY Tempah Dulu Tarikh Kemudian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge