Mee Udang Kuala Sepetang

Kita stay di Taiping hampir seminggu tapi tak ke mana-mana pun. Kita pergi melawat ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping dan Penjara Taiping itu pun sebab tuntutan kerja hakiki.   Alhamdulillah keturunan kita baik-baik saja. Rancang nak juga pergi Zoo Taiping tapi tak berkesempatan di siang hari dan plan pula nak ke Safari Night tapi orang cakap tak    nampak apa pun. gelap. binatang banyak yang tidur. betul ke? Cuma sempat ronda-ronda dengan kereta laluan tepi tasik. Memang cantik. Buat wedding photoshoot sangat sesuai. Kalau malam, banyak pula maknyah nya. bahaya.

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

Kita tak pergi melawat tempat menarik di Taiping tapi kita rasa makanan yang femes kat Taiping. Sempat juga kita singgah Mee Udang Kuala Sepetang masa on the way nak balik ke KL. Rupanya banyak kedai yang jual Mee Udang ni..ada kedai Mak Teh, Pak Hussin, Mak Usu, Pak Long, Pak Teh…oh, dah malalut…tapi kita pergi makan kat kedai Mee Udang Mak Jah.

Kalau dari Bandar Taiping, kedai mee udang yang lain akan jumpa dahulu dan Mak Jah ini kemudian. kedai mee udang mak jah selepas pokok bakau. Kalau kita tak bertanya dengan orang sana, tentu kita pun singgah kat tempat lain juga.

Tengoklah muka-muka kita yang tak sabar nak makan mee udang yang katanya tersohor ini.

mee udang

Kedai mee udang mak jah ni besar. masa kita sampai ada rombongan budak-budak sekolah rendah dari Kedah tengah menjamu selera mee udang kat sini.

restoran mee udang

Pekerja pun ramai..adalah dalam 20 orang..bukan mee udang saja yang ada yang goreng-goreng pun ada.

IMG_1489

IMG_1490

Mee Udang Penuh Mangkuk

Yang ini kita punya. kita ambil yang sederhana yang harga RM8 semangkuk. Tak nampak mee kat bawah. nampak udang bertimbun.

IMG_1492

Yang ini kawan kita punya. dia nafsu besar jadi order mee udang yang udangnya besar-besar. nafsu besar sampaikan kawan kita yang sorang lagi tak habis pun udang, dia yang perhabiskan. Yang ini RM 12 semangkuk.

IMG_1493

Kita tak pentingkan diri. kita ingat orang kat rumah yang tolong jaga anak-anak selama seminggu. Jadi, kita bungkuskan sebungkus untuk orang kita sayang merasa juga. lebih istimewa kita siap bungkuskan yang harga RM 12 tu. sayang punya pasal.

Memang sedap kita makan sebab kita makan sampai habis licin. Mee Udang Mak Jah ini ada cawangan di Setapak, Kuala Lumpur. Tapi kita tak tahu rasanya sama atau tak dengan kuala sepetang tapi kalau harga katanya sama. makcik yang jual goreng pisang sebelah kedai mak jah yang bagitahu ada cawangan di setapak sebab anak dia kerja kat situ.

Eh3x, macam best pula bahasakan diri ni ‘kita’. Kita hari ini ada open house kat pejabat. so kita busy sikit…busy makan….

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge