Loading...
Bisnes

Suka Bubur Nasi D’Laila Mee Udang

D’Laila Mee Udang bukan jual mee udang semata-mata. ada asam pedas ikan, asam pedas telur mayong, ada kari, ada masak lemak, ada bubur nasi dengan aneka lauk dan sekarang tengah hot sambal tempoyak petai pula. memanjang terliur tengok gambar di facebook, satu hari ajaklah mr.ery..jom pergi makan kat kedai kawan saya ni, kat Nilai.

Kira kawanlah biar tak pernah bersua muka pun. Mr. Ery setuju. lepas maghrib baru geraklah. Pakai waze pun boleh salah jalan, pergi naik jalan atas..sekali ke depan jumpa jalan yang sama juga…lepas keluar tol Nilai.. ikut jer waze…memang tepat-tepat kedai D’Laila Mee Udang yang dituju pun.

Mee udang dilaila2

Kiranya kat sini macam food court gitu, ada macam-macamlah kedainya…dah arah tuju asal memang nak makan mee udang..memang kat kedai D’Laila Mee Udang lah yang hakak singgah..tapi hakak tak order mee udang laa.

dlaila mee udang1

 

Bubur Nasi D’Laila

Hakak order bubur nasi….hakak memang hantu bubur nasi.. ada aneka lauk.. akak ambil yang biasa, letak ikan bilis goreng dan kacang jer…. kuah sup pun hakak tak minta…terus bubur nasi jer…memang licinlah hakak makan… ada rasa halia..sedaplah keluar angin.

Mee udang dilaila1

Mr ery order mee kupang, sekali hakak pandang mangkuk nak try test, tengok dah clear..tinggal kulit kupang jer… dapat rasa kuah jer lah.

Mee udang dilaila3

 

Bawa Keluarga Mertua

Masa demam baru-baru ni, sekali lagi hakak pergi makan kat D’Laila Mee Udang ni. Kali ni bawa mak dan abah mertua. Hakak macam biasa, tetap bubur nasi pilihan hati, lagipun tengah demam..mulut nak makan bubur jer… tapi Mr. ery makan nasi berlaukkan asam pedas telur mayong, masak lemak ikan pari dan masak lemak ikan apa dah…dah lupa… abah dan anak makan nasi…. mak mertua makan mee udang… pun sama kasi clear sama pinggan.

dlaila mee udang2

dlaila mee udang3

Kalau dah sedap dan kena dengan selera tekak, jarak jauh memang tolak ke tepi la..tak kira dah minyak dan tol.. rasa nak makan terus jer tuju…nak rasa mee udang, tak perlu pergi ke Kuala Sepetang dah….kat Nilai pun sedap haihh.

About emarieys

Ema has written 1239 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

3 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge