Medical Card MiCare Penjawat Awam Serendah RM135 Sebulan Support Seluruh Keluarga

Insuran Penjawat Awam

Selalu yang aku fikir, bila dah kerja dengan kerajaan tak perlu ambil sebarang insuran atau medical card lagi. Sebab apa? Sebab sebagai kakitangan awam, perubatan adalah percuma. Masuk wad pun percuma. Tapi perlu ambil tahu, ada sesetengah peralatan perubatan itu tidak percuma sebenarnya.

Medical Card RHB

Asalnya, ada wakil dari Cuepacs datang ke pejabat bagi taklimat mengenai medical card. Aku mulanya, malas nak ambil port sebab bagi aku cukuplah guna khidmat hospital kerajaan. Percuma dan bayaran pun murah. Hari itu, aku tengah free, tak ada program aku masuk juga dengar taklimat. Agak tertarik dengan kelebihan mengambil insuran untuk diri dan keluarga. Aku whatsapp tanya Mr. Ery perlu ke tak ambil insurans? Aku send gambar slide apa yang diterangkan oleh wakil dari cuepacs ni.

medical card for government staff
senarai hospital yang terima MiCare

Kami bersetuju juga untuk mengambil insurans sebab bayaran yang rendah dengan kadar RM135 sebulan untuk seluruh keluarga. Jika tambah ahli keluarga pun, bayaran sekadar itu juga. Selepas 90 hari permohonan dan dua kali penolakan gaji, insurans akan aktif.

Agak makan masa untuk terima kad dan Sijil Keahlian. Mungkin atas sebab permohonan yang banyak. Dan ini adalah manfaat dari MiCare kad kesihatan.

manfaat dari medical card micare

Jangan keliru dengan CuepacsCare yea. Aku sendiri pun masa terima kad ini dah musykil kenapa MiCare bukan CuepacsCare yang tercetak pada kad kuning tu. Kawan dah call tanya apa beza antara kedua-dua insurans ini kepada wakil cuepacs yang datang ke opis. Katanya, CuepacsCare memang ada medical card dan bayaran pun rendah tapi had tahunan setakat RM60,000  sahaja beza yang MiCare had tahunan RM100,000.00.

Moga ia memberi manfaat dengan mengambil kad kesihatan ini.

About emarieys

Ema has written 1294 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Tagged : / /

2 thoughts on “Medical Card MiCare Penjawat Awam Serendah RM135 Sebulan Support Seluruh Keluarga

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *