Maybank Treats Fair

Minggu lepas pergi ke Maybank Treats Fair di Midvalley. Boleh dikatakan setiap tahunlah akan ada Maybank Treats Fair ini.

Selama 3 hari juga mereka bertapak kat Midvalley yang sama level dengan tempat tengok movie tu. Kami pergi hari sabtu punyalah ramai manusia hingga tunggu mana-mana kereta yang akan keluar dari parking. tak kuasa nak drive slow-slow kat dalam tu..tetap tak ada parking pun. hampir setengah jam jugalah baru ada kereta keluar dari lorong yang kami tunggu tu..legaa..

Dari dalam Midvalley berselisih dengan mereka-mereka yang membibit plastik sebesar gabak sampai senget bahu-bahu balik dari shopping kat Maybank Treats Fair ini. Shopping sakan…nak raya punya pasal…hehehe..

IMG_1162_zps145fcb7a

Kalau tahun lepas benda ini yang dibeli. tahun ini agaknya apa yang nak dibeli? Tapi awal-awal dah tahu apa yang dicari sebenarnya.

IMG_1166_zps4dc32bd9

Ni time tunggu turn nak pusing roda untuk tambah points dan hadiah. Tahun sudah dapat payung sampai 3. tahun ini dapat beg saja. Kalau tukar point boleh dapatkan payung tu, tapi dah banyak sangat pun tak tahu nak buat apa..lainlah payung itu dah rosakkan…beg pun banyak dah ada…penuh satu almari…kalau handbag okeylah juga..ini beg sandang laptop dan beg letak kasut…simpan saja point tu banyak-banyak baru sedap nak tukar barang lagi besar…hehehehe..

IMG_1171_zps0acaf17c

Memandangkan turn untuk pusing tu lambat lagi, jalan-jalan tengok show budak-budak comel memperagakan dress dari butik yang ada kat dalam Midvalley ini.

Bila dah lama sangat kat dalam tu, dah rasa macam sesak nafas… ema dan aqeel lari ke Daiso..tunggu mr.ery dan kakak selesaikan pusingan..

Inilah benda yang nak dicari…Handphone.

Kesian juga dah bertahun-tahun pakai nokia hingga sound pun dah problem.

IMG_1179_zps7d94f0be

Dari kat rumah lagi, mr.ery asyik tanya yang mana satu patut ambil. Samsung S4 atau Sony Ericson Xperia… yang mr.ery ni pula tanya isteri yang tak tahu pasal gadget pun…jadi, jawapan isteri ikut ajelah..yang penting kena ada android senang nak communicate dengan handphone canggih pemberian mr.ery…eh3x, handphone saya pun dah dua tahun ini…dah boleh tukar baru juga ni…ngeh3x..

Kenapa tak pilih samsung? sebab samsung tak waterproof macam sony. malam tu, mr.ery terus buat uji kaji rendam dalam air..

 

 

About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge