Yahooo…round the world… Eh, flat or sfera? Oppss
Hahaha…just kidding…
Matta Fair 2019 kembali lagi!!!
Event yang paling dinanti-nantikan untuk save bajet percutian. Tapi sanggup ke korang bersesak-sesak ke PWTC tu. Tak sanggup kan…eh.
Alaaa…terlepaslah camni….
Mana ada terlepasnya..
Ada lagi menarik nak share ini…benda yang sama untuk dikejar…cuma tak perlu bersesak jer…
Traveloka Saleabration.
Apa benda Traveloka Salebration? Kalau korang nak tahu, Traveloka Salebration salah satu kempen promosi untuk grab percutian yang murah… Dengar-dengar banyak tawaran menarik. Harga pun menarik..
Tapi ke mana nak pergi?
Rancangnya nak ke Krabi lah…walaupun aku dah pernah pergi. Tetiba teringat pada banana pancake di tepi jalan tu..
Dulu pergi dengan van yang disewa. Bertolak dari sempadan Thailand-Malaysia ikut Golok. Kenapa Golok? Sebab berkumpul beberapa family yang sememangnya ada di Kelantan. Akulah yang jauh…dari KL kena pergi ke Kelantan dulu… sangat penat sebab harungi perjalanan yang agak lama.
So, kali ini nak fly jer..lebih menjimatkan masa dan tenaga.
Barulah syok bercuti kan.
Macam aku, nak bercuti haruslah plan betul-betul
Dengan bawa anak-anak sekali
Kena pandai buat bajetlah
Kan terover bajet naya pula
Dari nak happy happy…terus tak happy
Tak syoklah kan.
Dan aku tahu orang Malaysia kita ni sangat suka pergi travel tak kira masa…janji boleh dapat harga yang murah. Salah satunya diaorang grab pakej percutian murah dengan Traveloka Salebration lah.
Traveloka App
Melalui aplikasi Traveloka sahaja, semuanya boleh dapat..dari list penerbangan, penginapan hotel, pakej dan aktiviti.
Korang patut install aplikasi Traveloka ni tau. Pergi install sekarang di PlayStore atau App Store. Senang.
Lepas itu, buatlah carian tiket penerbangan dan hotel…Tapi sebelum itu, pilih dulu tarikh dan destinasi ke mana.
Setuju dengan tawaran harga, buat pembayaran dari Credit Card, Debit Card, Internet Banking atau di 7-Eleven.
Tunggu e-ticket dan voucher hotel dihantar ke emel. Selesai.
Puas hati sangat Traveloka dah ada aplikasi. Mudah, cepat dan senang. Kalau korang nak tahu dan paling syok sekali di Traveloka ada kemudahan untuk BAYAR KEMUDIAN. Contohnya kita buat dulu booking bulan ini..bayarnya boleh dibuat bulan depan.
Tengok, aku sendiri dah cuba-cuba search tarikh yang sesuai untuk pergi bercuti.
Bila anak dah bersekolah, maka kena pergi time musim cuti sekolahlah. Lebih lagi kakak sekarang tinggal di asrama, tak kan nak ponteng semata-mata nak pergi makan angin. Kita cari tarikh hujung tahun punya…time tu cuti sekolah pun panjang..
Cuti sekolah, harga tiket mahallah!!!
Memang, tak dinafikan harga tiket agak mahal masa cuti sekolah.
Tapi kena pandai-pandailah cari masa yang sesuai.
Pilih masa bertolak waktu malam..biasa lebih murah dari siang.
Tidak pun awal pagi…murah juga.
Pilihan di tangan sendiri.
Antara sebab lain lagi aku suka Traveloka ni tiada caj tersembunyi.
Apa yang paparan keluar, itulah harga yang dibayar. Dan ia lebih murah berbanding tempat lain. Serius.
Kempen Saleabration
Paling istimewa tempahan pakej percutian ketika kempen saleabration dari website Traveloka boleh dapat harga diskaun…sangat WOW gitu…suka..suka… Dahlah harga murah, dapat lagi diskaun…jimat banyak duit.. duit yang lebih tu..belanja shoppinglah kan…apa lagi..
Diskaun ini untuk semua destinasi bukan Malaysia sahaja. Kempen saleabration ini hanya akan berjalan lagi 4 hari iaitu 10 Mac 2019. Set reminder kat handphone korang pasal kempen ini.. isssh memang rugi besar kalau tak grab masa harga kempen.
Dengan Traveloka Tidak Pernah Mengecewakan
Eh, korang nak travel ke mana tu???
Nak travel dalam Negara? Travel di Luar Negara? Traveloka tidak pernah mengecewakan.
Lebih dari 100,000 laluan penerbangan dan hotel merentasi peta dengan pencarian penerbangan dan hotel seluruh Asia Tenggara. Landasan terbaik untuk mencari penerbangan murah dan tepat dengan hujung jari saja.
Menawarkan tiket penerbangan yang murah dari nama besar dalam syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa dan tempatan termasuk AirAsia, Sistem Penerbangan Malaysia, Malindo Air, Lion Air, Firefly, Scoot, Singapore Airlines dan banyak lagi. Antara syarikat penerbangan yang boleh didapati di Traveloka
Bayaran Mudah dan Pemudah cara
Turut menyediakan kemudahan mengenai kaedah pembayarannya untuk tiket udara yang murah bukan sahaja pilihan melalui perbankan internet, Paypal dan MOLPay 7-Eleven tetapi juga ansuran. Pilihan perbankan termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, AmBank, Bank Islam, RHB, Hong Leong Bank, Alliance Bank, OCBC Bank dan lebih banyak.
Tips Bercuti
1. Pilihlah negara yang boleh dapat harga berpatutan dan murah ketika musim cuti sekolah. Contoh: Negara Korea, Turki
2. Grab masa harga promo untuk tempahan hotel. Nak lebih jimat ambil apartment.
3. Dengan Traveloka, boleh compare flight apa yang lebih murah.
4. Perlu bijak memilih hotel.
5. Guna pengangkutan awam seperti teksi dan bas. Elak dari bayar caj ejen kalau pandai buat sendiri.
6. Buat research dulu sebelum pergi travel.
Oh yea, plan cuti-cuti ini tidak semestinya dalam masa terdekat atau dalam tahun ini saja…tapi ia untuk tempoh 1 tahun lah.. Jadi, rancang lah sebaiknya tak kira nak travel bersendirian, bersama rakan-rakan atau bersama keluarga.
Jadikan perancangan percutian ini menggamit kenangan yang terindah…gitu…nak tunggu apa lagi tuuu..cepat..
Eh, copppss…lagi 4 hari…. Dah set reminder ke? Kang terlupa…
Jangan buang masa, rebutlah peluang sempena Matta Fair Promo ni.
info yang menarik ni.. sedang merancang percutian seterusnya…