Masuk Wad Pusat Perubatan Universiti Malaya. Sepatutnya hari ini aku dah cuti. Aqeel perlu masuk wad untuk pembedahan. Disebabkan minggu lepas Aqeel demam panas, pembedahan Aqeel ditunda sehingga bulan September. Lingkungan dua minggu sebelum pembedahan, Aqeel perlu sihat. Jika tidak sihat, doktor tidak akan jalankan pembedahan takut akan berlaku jangkitan kuman.

Pembedahan Tonsil

Aqeel perlu menjalani pembedahan membuang tonsil. Inilah anak tekak Aqeel. Boleh nampak tonsilnya yang membengkak.

tonsil bengkak

Gara-gara tidur berdengkur terlalu kuat, bawa Aqeel jumpa doktor untuk periksa. Terus buat temujanji dengan doktor pakar ENT. Doktor juga akan tanya tentang keluarga yang ada sebarang penyakit seperti asma dan resdung. Keluarga kecil kami tak ada. Doktor juga tanya simptom-simpton Aqeel seperti tidur tidak lena, mudah mengamuk, hidung gatal dan bersin. Aqeel tidur lena cuma berdengkur kuat. Aqeel tidak mengamuk pun bila tak cukup tidur atau terlebih tidur. Bersin pun tak selalu.

Scan Hidung

Sakit scan ke dalam hidung. Menangis Aqeel. Bila doktor scan hidung, nampak saluran pernafasan Aqeel tertutup. Aqeel tidur berdengkur sebab saluran pernafasan dah sempit dan bernafas ikut mulut.

Periksa Telinga

Bukan scan hidung saja, telinga pun diperiksa juga. Aqeel perlu masuk dalam satu bilik kedap bunyi untuk periksa pendengaran. Masalah pendengaran Aqeel baik cuma sebelah pendengaran sahaja skala rendah. Doktor cakap sebab bengkal tonsil.

Ubat Spray Hidung

Keputusan akhir, Aqeel kena buang juga tonsil. Tunggu hari nak masuk wad Aqeel diberi ubat makan dan ubat spray seperti ini. Ubat makan sebesar skru kena belah dua. Boleh bayangkan betapa tinggi kandungan tertentu dalam ubat. Ubat spray perlu dibeli di farmasi, PPUM tidak sediakan. Sekarang dengkuran dah tak bunyi kuat tapi tetap masih ada dengkur lagi.

Tunggu bulan September nanti. Sama ada pembedahan buang tonsil Aqeel dapat dijalankan atau tidak. Harap semuanya akan berjalan lancar.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

23 Replies to “Masuk Wad PPUM Untuk Pembedahan Tonsil Aqeel Syafiq”

  1. besar jugak bengkak tue
    mmg x pernah tgk tonsil bengkak
    sbb bil hampir kena operate gak tp memandangkan bdn dia yg terlalu besar
    doc takut ubat bius tue x dpt sedarkan dia ikut time
    so x jd operate.. mmg kuat la berdengkur time tdor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *