Bukan sebarangan orang boleh masuk ke port sesuka hati.

Sebab nak kena check kontena yang dah seminggu terperam kat port ni..kenalah sendiri pergi tengok.

Yea, diri sendiri kena pergi tengok keadaan kontena tu..untuk pastikan kontena tidak terusik.

Tempat yang agak busy dan bahaya.

Masuk kawasan port yang kiri kanan semua treler-treler bersusun panjang tunggu turn nak keluar.

Fuhh, naik seram rasanya.

Kat sinilah, mangga kontena akan dipecahkan.

port guinea

 

Prosedur kat sini

  1. Tunggu seseorang (kerja dengan port) yang akan follow dalam kereta untuk masuk kawasan port.
  2. Masuk kawasan, terus pergi ke tempat kontena yang diletakkan.
  3. Kontena memang dah tersedia di atas lori.
  4. Check nombor siri pada mangga kontena sama dengan nombor siri yang ada pada dokumen.
  5. Pastikan mangga berada dalam keadaan yang baik…tidak terusik.
  6. Bila disahkan, mangga akan dipecahkan.
  7. Pintu kontena dibuka…bolehlah tengok barang yang dibawa.
  8. Kontena dihantar ke rumah. Sistem ‘door to door’.

Aku diminta standby duit untuk topi keselamatan, tapi tak diminta..topi keselamatan pun tak diberi.

Baca: Rumah Sewa di Conakry

Bila tengok bekalan dalam kontena, banyak lagi ruang kosong..

Yealah 67 kotak jer..

servis door to door- port to home

Yang banyaknya semua barang kering.

Barang-barang kering ni pun bukannya boleh bertahan lama..

Paling lama pun setakat 2 tahun nak expired date.

Dah bajet pun ada setakat tu..

Orang fikir seronoknya kenal negara orang.

Tapi orang tak tahu struggle nya nak hidup di negara orang.

Apapun rezeki dah ditentukan..

Bersyukur sentiasa.

Balik Malaysia nanti, lagilah kosong kontena.

Beli perabot bawa balik? Tak berbaloi pun.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *