Umur dah 30 tahun lebih baru terkedek-kedek masuk kem PLKN. Tapi jangan terpedaya, aku masuk PLKN bukan nak pergi training. Tak larat dah nak buat aktiviti lasak ni, nak lari pecut 100 meter macam sekolah dulu pun dah tak ada daya. Bawa peserta luar negara datang tengok anak-anak muda Malaysia menjalani latihan di PLKN Princess Haliza, Sepang. Jauh juga dari KL, sampai kematu bontot naik van persiaran sebab bas rosak sebelum bertolak. Dah nasib.

Kem PLKN, Haliza, Sepang

Sampai sana dah lewat 2 jam dari masa dijadual gara-gara tunggu van sampai. hilang haus bila pihak kem sediakan air kodial dan jeli kelapa. Diaoranglah yang lega, aku dapat telan air liur sebab aku pula tengah puasa ganti.

 

PLKN Princess Haliza

Bab aktiviti lasak macam ini aku suka, tak kisahlah boleh terbakarkan kulit pun. tapi zaman aku belum ada PLKN ini lagi. kesian korang kan, terpaksa calit hitam muka nak nampak garang. adik-adik ini sporting melayan kerenah kakak-kakak semua.

 

PLKN Princess Haliza

 Bila dah calit hitam muka korang, tak nampak mana handsome mana cantik adik-adik. hehehehe.

 

PLKN Princess Haliza

Dugaan lagi, nampak terhidang makanan atas meja. Tak apa, inilah namanya dugaan seorang berpuasa. Puasa-puasa juga, aku yang paling kusyuk menyanyi sampai tak sedar kamera kat depan.

 

Lagu PLKN

Masa lawatan ke PLKN ini, adik-adik ini dalam minggu last dah nak habis. dah nak balik kampung halaman jumpa keluarga masing-masing.

 

PLKN Princess Haliza

Ini kali kedua aku masuk Kem PLKN. Tahun lepas, siap ada keluar gambar aku dekat laman web khidmat negara ini. Tapi tak payah tengoklah, buruk benar.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

36 Replies to “Masuk PLKN Umur 30 Tahun”

  1. haa..baru dapat masuk…
    syok join aktiviti lasak macam ni kan. saya pun mcm kak ema, suka dengan program ala2 begini. dulu pernah 2 minggu kat pusat latihan tentera darat /pulada..usung m16 siang dan malam.. haha.. seronok..!

  2. ada tempat plkn nama princess haliza? Siapa princess haliza tu. Ema, yg pelawat tu drpd negara mana? 3 org je ke?

  3. Hahaha… dapat masuk kem PLKN je rupanya. Ingatkan tadi betullah ada orang dah 30 tahun join training kem PLKN. Saya pun kalau sekarang ni nak suruh beraktiviti, rasa macam dah terlambat je. Dah tak terenggang lagi dah segala sendi dan otot ^__^
    Mummydearie recently posted…Jerebu je mata I nih …My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *