MasterChef Malaysia – Ada udang disebaliknya

rata-rata ramai yang tengok MasterChef ini kan
cepat angkat tangan mengaku
selepas MasterChef US ada MasterChef Australia
pastu Junior MasterChef dan sekarang Malaysia pula MasterChef Malaysiadari 24 orang sekarang dah tinggal 9 orang
agak-agak siapa yang akan juara MasterChef Malaysia ini.

hari Sabtu hingga Rabu memang tak lepaskan peluang untuk tengok siaran ini
kalau terlepas pun..boleh tengok lagi
sebab akan ada siaran ulangannya

Azwa yang selalu mengingatkan ema untuk tengok MasterChef Malaysia
sampaikan setiap hari dia ingatkan

mama, dah pukul 9….kakak nak tengok MasterChef mama
hari ini hari Khamis..mana ada…ia setakat hari rabu je

tapi ada udang disebalik mee rupanya
bila si azwa suka tengok MasterChef ini
dia minat kat salah seorang peserta MasterChef Malaysia

mama, kakak suka dia…mukanya comel. (tunjuk kat skrin tv)

hurmmm….korang agak siapa?

mamat inilah yang dia minat

mari kita kenalan sikit yer

ARSHAD ZAMIR BIN MOHD AZMI

Umur : 19 tahun

Asal : Shah Alam

Perkerjaan : Pelajar

Hidangan Kegemaran : Burger dan Kentang Goreng (Azwa pun suka)

Masakan Kegemaran Untuk Dimasak : Masakan Gaya Keluarga

Pencuci Mulut Kegemaran : Creme Brulee

Profil :

Cucu yang bagus adalah cucu yang mengamalkan apa yang diajar oleh datuk atau neneknya. Begitulah juga dengan Zamir yang belajar memasak daripada arwah neneknya dahulu. Zamir juga meminati Jamie Oliver yang berusaha mengubah dunia untuk memasak secara sihat. Kedua-dua mereka menjadi sumber inspirasi Zamir untuk memasak dan terus memasak.
Masakan Barat menjadi pilihan Zamir apabila memasak. Penyediaannya yang mudah dan cepat menarik minatnya untuk memasak masakan Barat. Zamir juga meminati masakan hidangan keluarga. Hidangan yang menjadi kebiasaan masyarakat di Malaysia.
Gaya masakan yang agak gelojoh, gelabah serta kucar kacir, namun masih dapat menghasilkan hidangan yang lazat, berkualiti dan sihat menarik minat Zamir untuk meminati Jamie Oliver. Zamir mengikuti hampir kesemua rancangan masakan Jamie Oliver sejak berusia 10 tahun lagi.
Zamir memasang impian untuk memasak hidangan istimewa untuk idola kesayangannya itu, Jamie Oliver. Zamir juga ingin idolanya itu mengenalinya dan mengenali masakan yang dihasilkan olehnya.
Memiliki sebuah restoran bertaraf 5 bintang merupakan impian dan cita-cita Zamir dalam bidang masakan. Dengan cara ini, Zamir dapat memperkenalkan masakan-masakan tempatan dan sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Zamir, Good Luck!!!
berharap Zamir berjaya menjadi MasterChef Malaysia yang pertama
bagus nya kalau dibuat calon menantu ini
alamak, jauhnya berangan…si Azwa tu muda lagilah ema
MasterChef yang ini pun kami suka tengok
suka tengok dengan juri-juri dia yang macho dan tegas giler
boleh kecut perut tuuuu
juri-juri MasterChef Malaysia pula sangat cool


About emarieys

Ema has written 1264 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge