Masalah tonsil aqeel dah lama nak kongsikan. Ingatkan dah tak jadi buat pembedahan buang tonsil aqeel di PPUM. Aku dah buat temujanji lain di PPUKM. Dalam tengah bercuti pantang dan masa tu kat kampung, PPUM call bagitahu Aqeel kena masuk wad awal sehari untuk buang tonsil.

masalah tonsil

Terpaksalah ayahnya yang bawa ke PPUM dan menunggu. Malam pula, MIL yang tolong jagakan. Sampai sana, bukan main seronok sangat si Aqeelnya. Tak ada perasaan takut langsung.

Operation Tonsil

Pembedahan Tonsil

Tangan kena cucuk dengan jarum pun tak menangis. Aqeel tahan menangislah sebab masa doktor cucukkan jarum, ayahnya tak ada kat sana. hanya dia saja kat atas katil tu. kan menangis hilang machonya.

Aqeel kena masuk wad awal sehari sebab perlu check lebih tepat masalah tonsilnya. Bila buat pemeriksaan, selain masalah tonsil, gegendang telinga Aqeel ada takungan air. Buat ultrasound, ada sedikit masalah pendengaran. Terpaksa pasang tiub di gegendang telinga Aqeel.

Bilik Bedah PPUM

Tengoklah dia mana ada perasaan takutnya. Masa ni awal pagi dah nak masuk bilik bedah pun. Bukan main happy lagi. Aku yang kat rumah ni yang tak senang duduk.

Buang Tonsil

Alhamdulillah, pembedahan buang tonsil berjalan dengan lancar. Masa ni Aqeel dalam keadaan mamai lagi hasil ubat bius.

Tonsil

Kesan pembedahan tonsil yang dijalankan.

Selepas Pembedahan Tonsil

sedar dari mamai, terus dapat upah makan aiskrim.

Ubat Tonsil

esoknya, Aqeel boleh discharge.

wad kanak-kanak PPUM

Sekarang, tiada lagi bunyi dengkur setiap malam. tidur pun lena.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “Masalah Tonsil Aqeel Selesai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *