Masalah rambut rosak teruk. Sejak Ayra keluar dari perut memang tak pernah botakkan kepala dia. Kata orang tak baik tak buang rambut anak selepas lahir. Betul ke? Tapi kami adik beradik memang tak pernah pun botakkan kepala selepas lahir. Semasa majlis cukur rambut pun, hanya gunting sedikit saja rambut itu.
Selepas 3 tahun, kena potong akhirnya.
Makin lama makin sayang nak gunting rambut Ayra. Makin lama makin ikal rambut panjang dia. Tapi sejak perasan rambut dia rosak, terus cakap kat dia “adik, nanti balik kampung…potong rambut adik..nak?” “nak”. Patutlah bila nak sikat selepas mandi, kasar sangat.. rasa dengan tangan pun lain macam. Rupanya masalah rambut berbuah..ermm, kalau buahnya rambutan..boleh juga petik..hehehe…rambut dia pula halus sangat…warna pun agak keperangan.

Budak lain menangis, dia happy semacam
Kebetulan balik kampung hari itu, mama suruh ambil adik di kedai gunting rambut yang selalu pergi. Aku ingatkan Ayra dah lupa pasal nak gunting rambutnya…Ayra “ma, dik tong bot (ma, adik potong rambut)”, sambil pegang rambut dia…“adik nak potong rambut ke” “Nak”. Dah alang-alang kena pergi ambil ayahsunya, teruslah bawa Ayra. Kemain menyengih bila dia duduk atas kerusi. Get ready dah nak potong..
Nyonya tu tanya nak potong setakat mana. Potonglah pendek, musim panas ni. pendek lagi senang nak jaga. Awalnya nak potong pendek yang boleh diikat…tapi… pendek sampai bulat muka Ayra. Suka sangat dia dengan gaya barunya….

Total RM5 sekali jalan. Harap bila dah panjang, akan tumbuh balik ikal mayang rambut dia. Di salon nyonya ini memang tempat yang selalu pergi bila nak cuci atau potong rambut..sebab apa? selain harga murah…ada seorang anak saudara nyonya ni, bila suruh dia cuci rambut..walaupun agak kasar…rasa segar kepala lepas diganyang.
sayang nak potong kan.. takpelah nanti dia akan tumbuh lagi
bagus kalau kanak-kanak kena gunting tidak nangis.. ada yang lain tu nangis..susah sikit kena gunting..
Terus muka jadi bulat lepas kena potong rambut.
Kalau tak silap, botakkan rambut lepas lahir tu sebab nak buang darah-darah kat rambut tu. Kalau botak confirm bersih.