As Salam!
Rupanya ramai blogger yang tak dapat nak upload photo kat entri atas sebab quota for photo dah capai limit. semestinya tak seronok bila berentri tanpa gambar…betul tak?
Kalau nak juga carilah yang berbayar….tapi ada ke yang nak keluarkan duit semata-mata nak bayar space untuk photo sedangkan masih ada cara tanpa keluarkan duit. 
Setakat yang ema tahu. ada dua cara. Cara pertama, mengikut blogger Lya caranya membuat satu akaun baru gmail dan cara-caranya boleh klik SINI. Tapi bila buka akaun baru ini. blog-blog yang kita follow dengan akaun gmail yang lama tak ada. yealah, dah kita online dengan akaun yang barukan…nampak kosong saja bahagian ‘reading list’.Nak kena tanya blogger Lya boleh tak nak bagi nampak reading list kalau pakai akaun gmail baru ini..
Dan cara kedua, mengikut blogger Eca dari Sabah dengan mengupload gambar-gambar ke dalam photobucket terlebih dahulu. Selepas itu copy dan paste link gambar tersebut pada tab upload ‘from URL’. Cara ini kita masih boleh pakai akaun gmail yang lama cuma kena dua kali kerja.
So, up to u yang mana lebih senangkan.
Selamat mencuba yer

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *