Sejak berada di negara Guinea ni, boleh bilang dengan jari berapa kali try Guinea Food
Diaorang pun makan nasi, tapi beras tak sama macam beras kita.
First aku cuba, masakan Riz Grass di Restoran Africana. Sebiji nasi goreng dengan ayam panggang. Sedap.

Kedua, juga masakan Riz Gras tapi beza sikit dengan restoran Africana.
Baca: Restoran di Guinea
Yang ni salah seorang staff bawa masa buat makan-makan sempena KC nak balik dan KC baru sampai.

Isinya daging, carrot, ubi, kubis.
Pun sedap.
Ikutkan dari Wikipedia:
Riz gras adalah hidangan daging dan berasaskan berasaskan masakan Burkinabé, masakan Burkina Faso, Afrika. Ia juga disediakan di negara-negara Afrika yang lain, seperti Senegal dan Guinea. Ia berasal dari hidangan tiebou djen, hidangan nasi dalam masakan Senegal yang disediakan dengan sejumlah besar ikan dan daging.
Masa pergi majlis menamakan baby, dihidangnya Haricot sebutan arico . Masakan dari biji kacang dengan daging. Makan bersama roti. Rotinya jenis yang keras.

Ada serupa baked beans dalam tin tu.
Okey, boleh telan dan taste pun sedap.
Hidangan 1 lagi Latchiri dari tepung jagung dan susu tepung. Digaul dengan yogurt.
Sangat popular semasa apa-apa majlis.
Yang ni maaf, memang aku tak makan.
Sementalahan ada susu kan.
Guinea Food yang paling suka dimakan adalah Konkoe.
Baca: Masakan Konkoe Yang Digemari
Tapi bukan untuk aku, sebab aku sendiri tak pernah makan, katanya orang yang makan pedas akan kata tak sedap.
Pegawai yang baru datang sini, pertama kali try pun terus kata sedap.
Nasi goreng ayam tu paling menyelerakan. Hahaha!