Sedapnya masakan bonda…rindunya masakan bonda. Tetiba jadi sedih, bila Mr.Ery cakap tahun ini kalau jadual kerja kena bertugas pada hari raya, jawabnya beraya di Kuala Lumpur lah kita. Huawaa.. sedihlah…Harap-harap tak kena giliran hari Mr. Ery. Sebut sahaja masakan bonda, anak-anak siapa yang akan bagitahu masakan bonda mereka tidak sedap? Tiada pun.. Semua akan cakap masakan bonda masing-masing sedap dan ada kelebihan tersendiri.
Masakan Bonda di Dorsett Kuala Lumpur
Dapat rasa masakan bonda di Dorsett Kuala Lumpur, nikmatnya tidak terkata-kata. Terasa berada di sebelah bonda, terasa berada di kampung. Terubat sedikit kerinduan masakan bonda. Dengan pelbagai pilihan masakan kampung sampai tak tahu nak makan yang mana dulu, yang mana kemudian. Lebih 100 jenis juadah dari Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Negeri Sembilan, Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang Kuala Kedah, Ikan Bakar Siakap dan Ikan Merah, Telur Itik Gulai Belimbing Buluh, Bubur Lambuk Melaka, Mee Udang, Mee Kari, Assam laksa dan macam-macam lagi. tengok gambarlah kasi korang terliur.
Baca: Stay 1 Night di Dorsett Kuala Lumpur
Puas hati tengok gambar? Semestinya belum, untuk puas hati lagi kenalah pergi sendiri rasa masakan bonda ini. Bukan masakan kampung sahaja ada, bagi peminat kambing jangan risau…ada kambing bakar bersama Kashimir Kambing Briyani. Aku peliklah, peminat kambing ini, kalau pergi makan bufet ramadan wajib kena ada kambing yer. Hahaha..maklumlah, aku tak makan kambing.
Orang depan ini, bila dapat makanan yang sedap memang tak pandang dah orang. Di Dorsett Kuala Lumpur, ada dua benda bagi aku ‘rare’ yang tiada tempat lain. Roti dan air minumannya.
Aku pun samalah. Tak tengok orang dah bila dapat makan masakan sedap seperti masakan bonda sendiri. Penuh lauk dalam satu pinggan, malas nak ulang alik banyak kali…ambil semua lauk rasa semua.
Ini dia roti ‘rare’…Roti Habbatus Sauda.. sedap sangat. lembut..makan dengan sup ekor memang bertambah-tambah.
Benda kedua yang ‘rare’ kat sini air minuman susu kurma madu. Wow, memang sedap dan tiada di tempat lain kan.
Lain-lain juadah ringan
Kekanyangan dengan masakan bonda yang berat, makan makanan ringan yang pelbagai jenis pilihan seperti kuih muih Melayu, rojak buah, kek, buah-buahan, dessert, ais krim, ABC, serawa durian, Pengat pisang, pisang goreng, cekodok goreng.
Buah yang aku pantang jumpa, buah nangka. Memang aku suka makan buah ini. Kalau buah nangka ada, maaflah tak rasa dah buah-buah yang lain. Hehehehe…katalah nak kata sakit urat pun, tapi aku Alhamdulillah..tiada sakit urat..tiada angin pun…sedap ya amat dengan manis leting buah. Teringat-ingat lagi hingga hari ini….nikmatnya lahaii…
Tak menyesal kalau korang berbuka puasa di Dorsett Kuala Lumpur ini untuk marasai masakan sepertimana masakan bonda korang sendiri. harga untuk Ramadan Buffet adalah RM118 seorang. Bagi kanak-kanak berumur 4-12 tahun dan warga emas 55 tahun ke atas harganya 50% dari harga orang dewasa. Untuk tempahan awal, sila beli voucher early bird sebelum 12 Mei 2018 dan dapat diskaun RM20 seorang. Call 03-2716 1010 atau info.kualalumpur@dorsetthotels.com
Tempat berbuka puasa:
Checkers Cafe@ Level 1, Dorsett Kuala Lumpur, 172 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Rawlins nyer tekak mesti tertarik pada menu tradisi bila time berbuka, maka kena sangatlah menu yang ada kat Dorsett nie. Rawlins macam nak ajak rerakan pergi buat reunion kat sini plak kot time puasa kelak.
ala benciknya buka entry makan pagi-pagi, pandai dorang buat masakan bonda sebab itulah yang paling sedap
Kalau dah nama masakan bonda confirm sedap sangat tu. Terliur bila baca ada menu telur itik gulai belimbing tu. Menu fav ana tu. Dessert pun banyak sangat. Puas hati makan kan.
Nampak sedap semua makanan tu kak Ema.. Ai tak pernah sampai lagi Dorsett Kuala Lumpur. Subang pernah lah. Ke sama je dua2 tu sebenarnya?
Jangan bersedih ya kena bertugas di pagi raya. InsyaAllah ada benda lain lebih baik menanti akak. Anyway, banyak sungguh pilihan makanan di Dorsett nie yer. Boleh lah nak bawak family berbuka di sini
Bonda, haih.. Mesti sedap kan. Ty xpernah sampai lagi sini. Nnti bole rekemen kat family kawan n also opis. Terliur pula tengok laksa tu
Pencuci mulut dia nampak best la.banyak pilihan.kalau berbuka sini confirm rambang mata nak pilih mana satu nak makan dulu
Dorsett Kuala Lumpur ni dekat bahagian mana yea.. hemm.. menu dia macam kena dengan selera TB jugak.. hahhahaha.. memanglah.. bab makan semua ok.. hahah.. nanti boleh try ajak-ajak hubby pi sini
Sedapnya makanan kat sini harga pun berpatutan hehehe kita selalu makan kat hotel jadi ni antara hotel yang menjadi pilihan kita juga nanti boleh bawa keluarga datang sana kan…
Betulla. Roti Habbatus Sauda tu rare sangat. Cicah pula sup. Memang tak peduli dah hal dunia. Hahaha. Jangan bersedih Ema. Dah nama pun tugas. Lagipun raya kan sebulan. Thanks di atas perkongsian artikel.
First gambar laksa pun liez dah terliur.. nampak sedap semua menu dkt dorsett ni. Hmm mmg klau ke dorset kena cuba semua menu la kan.. kena pulak makanan kg mmg repeat mkn je la… lupakan diet!!
Oooh bila tengok makanan2 ni semua, rasa tak sabar pula nak Ramadan. Banyak betul pilihan makanan dan namsak sedap2 je semuanya. Nama “Masakan Bonda” tu pun menarik.
wah banyaknye pilihan makanan dia.. aduhaii sdapnye tgok malam2 ni rasa lapar trus..kalau g sana akan try iftar di sini
semuanya nampak sedap dan menarik..memang betul2 ala air tangan bonda…kalau ayu makan ni mmg aim lauk kampung..sbb itu yang paling menyelerakan
Tengok gambar pun dah terasa nak makan ni. Ikan bakar tu menyelerakan betul. Pilihan makanan yang lain pun nampak sedap & enak. Berbaloi lah makan sini dengan 100 hidangan.
Ikan bakar tu nampak menarik. Konfem membangkitkan selesa semasa berbuka puasa nanti..tgk kat sini pun telan ailio hoii
Nampak menarik puak makanan kat sini. Nanti bolehlah berbuka dengan keluarga atau kengkawan kat sini,
Sis tertarik dengan sambal ikan bilis tempoyak dan petai dia tu…waduhhhh ngidam pulak dah ni..hehehe
Mau dong ikut menikmati sajian makanan Bonda Ramadan Buffet Di Dorsett Kuala Lumpur. Masakan ini pasti sedap sedap lah semua yah, ngiler Abby lihatnya.