Loading...
Travel

Masuk Ke Yala Perlu Pakai Purdah

Pakai purdah ke Yala?

Terkejut tengok hakak ke? Ramai yang terkejut terutama family lah masa post gambar ni kat group whatsapp. Tetiba hakak masuk ke Thailand, berpurdah bagai. Tapi tidaklah semua tempat. Dah tempat ni, orang perempuan kena berpurdah, jadi kenalah ikut peraturan di sana. Bila berpakaian biasa di sana, orang akan pandang semacam je. Penutup ni pun hakak beli kat kedai area situ juga…pakai dalam kereta jer..kena gelak dengan Mr.Ery sebab salah pakai haih..pergi pakai terbalik sekali sengeh nampak pula gigi nya…kurang asam.

Yala

Ramailah yang ucap Alhamdulillah, bila tengok hakak dan Mr.Ery bepakaian macam ni…. InshaAllah, satu hari mana tahu kan…. hati nak kena cekal dan kuatlah kan…. Ayra Sufia pun tengok semacam jea.. Apa yang hakak tengok orang yang berpurdah cara makan dan minum, dengan cara itu jugalah hakak buat..tapi hakak minum air jerlah…sedut pakai straw dari dalam purdah ni.

Hakak masuk Thailand ni pun sambil hantar anak kenalan Mr.Ery belajar di sekolah pondok. Sekolah budak-budak yang menghafal ayat-ayat Al-Quran.

 

masuk thailand 05

Yala Rama Hotel

Kat sinilah hakak bermalam satu malam.. hati rasa takut-takut juga nak bermalam kat Yala ni..kawasan tengah bergolak. Sampai bandar Yala, terkejut juga memang happening lah…bukan bandar mati… kedai berderet buka hari malam pun… singgahlah satu kedai makan ni, dan bertanyakan mana hotel yang dekat kat area sini kan.. ada seorang yang suggestkan kat Yala Rama Hotel ni…satu malam 50 baht… wifi pun ada… nampaklah juga kenderaan Malaysia dari negeri Selangor pun ada masa parking kereta depan hotel ni.

 

masuk thailand 06

Dah bandar Yala pun kawasan Islam, memang senang nak cari tempat makan. Kami breakfast nasi dagang, nasi berlauk, roti canai kat area hotel ni. Lepas urusan dah selesai, sebelum balik Malaysia sempatlah pusing-pusing lagi…singgahlah satu kawasan pantai yang nama pantainya pun ada di Malaysia…tapi hakak dah lupa laa…angin memang deras, panas berdeting. nak celik mata pun susah..

 

masuk thailand 07

masuk thailand 08

Lancar perjalanan 2H 1M di Yala dan Narathiwat ni.. Nak balik Malaysia, punyalah panjangnya beratur untuk cop passport ni..sampai ke luar bangunan. siapa yang ada duit lebih atau yang malas nak beratur panjang, akan ada ‘orang’ yang bawa masuk ke laluan yang cepat… bayaran RM10 seorang…pergh kenyang makan rasuah yer. Menyengih saja lah Ayra, seronok atas dukung…pastu kakak dan abang pula tak ikut.

 

masuk thailand 09

Hampir sejam lebih jugak beratur tunggu turn sampai..

 

masuk thailand 10

Hakak masuk Thailand dengan bawa masuk kereta sendiri. Mudah nak pergi san nak pergi sini.. isi minyak penuh di Malaysia, cukup sehingga hari baliknya…yealah, minyak di Thailand ni agak mahallah kan. Plan nak ke Hatyai dan Krabi pula…InshaALLAH..kali ini kena bawa lah kakak dan abang…nanti merajuk pula dua beradik tu. Hakak ada kongsikan cara-cara bawa masuk kereta sendiri ke Thailand ni.. klik sini.

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

8 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge