Azwa Sekolah

Mari Semak Keputusan Peperiksaan Anak

Sistem SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.Bagi anak-anak yang bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, ibu bapa kini boleh menyemak keputusan ujian/peperiksaan melalui atas talian. Caranya adalah sangat mudah.

Semak Keputusan Peperiksaan Ujian Sekolah Rendah dan Menengah melalui atas talian.

Langkah Pertama : Pergi ke Laman Web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Kemudian, tekan menu Semakan Ibu Bapa (sidebar kiri).

Langkah Kedua : Masukkan nombor kad pengenalan anak, klik pada pilihan jenis sekolah dan pilihan tahun. Kemudian tekan kotak Semak Laporan.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Langkah Ketiga : Paparan Menu Utama akan keluar. Semak nama sekolah, nombor kad pengenalan, nama anak. Kemudian, pilih menu keputusan peperiksaan untuk memilih jenis peperiksaan. Klik menu Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Peperiksaan.

sistam saps

Paparan Slip Peperiksaan akan tertera seperti ini. Kita akan mengetahui markah peperiksaan setiap subjek, kedudukan di dalam kelas termasuk kedudukan mengikut darjah.

Markah Ujian Anak Online

Sekarang sangat mudah untuk mengetahui keputusan peperiksaan/ujian sekolah anak.  Keputusan peperiksaan/ujian dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini adalah wajib bagi pelajar tahap dua iaitu dari darjah 4 hingga 6. Sesetengah sekolah telah memasukkan keputusan ke dalam sistem bagi pelajar darjah 1 hingga 3 sepertimana di sekolah Azwa.

Hari Sabtu lepas, ada sekolah ganti. Selain sekolah ganti, ibu bapa perlu hadir untuk jumpa cikgu dan tanda buku rekod. Mr. ery yang pergi sebab mamanya kena berkursus.  Guru kelas Azwa pula tengah cuti bersalin, hanya cikgu ganti yang bagi buku rekod, apa yang cikgu cakap, ujian matematik ada sikit penurunan lagi satu markah untuk dapat B. Nak tanya lebih pasal Azwa dalam kelas dan sekolah, cikgu ganti pun tak tahu.

Apapun keputusan anak samada berjaya atau tidak yang penting kita sebagai ibu bapa janganlah terus memarahi mereka. Sebaiknya, kita sama-sama berusaha membantu mereka untuk belajar dan terus belajar. Kaji, apa kelemahan anak, matapelajaran apa yang anak tak boleh tangkap.

Apa yang selalu dipesan pada Azwa, “kakak perlu lawan dengan orang di depan kakak”. Maksudnya bukan berlawan bertumbuk tapi berlawan untuk dapatkan markah tinggi dan nombor satu. Jangan bezakan markah dengan orang di belakang, tapi bezakan markah dengan orang di depan kakak.

Klik laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk semak keputusan peperiksaan/ujian anak.

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

9 Comments

  1. Thanks Ema berkongsi info. Kenapa saya tak tahu pun tentang ini? Takda pulak cikgunya beritahu apa-apa. Dah pergi checked baru kejap guna link yang Ema letak di sini tapi takda data langsung tentang keputusan peperiksaannya. Mungkin cikgu sekolah tak buat kot!
    Mummydearie recently posted…Aksi Abang AdikMy Profile

  2. Dah check utk Khairine & Danish.
    skrg canggih kannn..
    Zaza_MyMoon recently posted…PENGOTOR!My Profile

  3. senang kan zaman IT ni semua boleh check online 🙂

  4. thanks Ema atas perkongsian….
    suriaamanda recently posted…Hantu Kasut…My Profile

  5. ctfand says:

    Wahh, bagus macam ni. Tahun depan baru saya berpeluang cek result kimi.. Thx for sharing kak ema.. 🙂
    ctfand recently posted…Begitulah Ujian Mu..My Profile

  6. tahniah kakak azwa, wahh seronok tgk pencapaian anak2 kan ema
    ajumohit recently posted…JJCM @ Restoran Aunty Aini’sMy Profile

  7. Mmg mudah betul la skrg nie.. semua dihujung jari sahaja..
    Hairul Hissam recently posted…Cara Menjaga Ikan Dan Tips Mengelak Air Akuarium Cepat KeruhMy Profile

  8. senang je sekarang ni. zaman saya dulu…tak tido malam kot..nak masuk kawasan sekolah pun takut. congrats for your kid. wish all the best for brighter future!
    cindyrina recently posted…PRINCESS’S EAT : Kyochon, One Utama,MalaysiaMy Profile

  9. memang benar,, sebagai ibu bapa,, kita harus sentiasa memantau kurikulum anak-anak,,
    kita msti sentiasa support anak2 kita…
    Nk berjaya bukan mudah..
    UsAhA tangga KEJAYAAN…
    Farina Al-Khareid recently posted…How to Take SupplementsMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge