Pernah menjadi mangsa penipu online, aku tekad. Melihat senarai nama-nama penipu online di dalam group facebook Senarai Nama Penipu Online (SNPO), memang tidak terbilang rasanya. Pelbagai jenis penipuan yang ada seperti kutu, agen dropship, sewaan rumah, dan sebagainya. Dan aku juga pernah menjadi mangsa penipu online. Sehingga kini, kes masih dalam siasatan pihak penguatkuasa KPDNKK.
Sedikit pengalaman nak dikongsikan. Ramadhan ini, genaplah setahun kes penipuan oleh peniaga online dropship ini. Semasa awal dapat tahu yang aku kena tipu, sungguh tak dapat aku bayangkan. Terduduk. Termenung. Dengan hari raya sudah dekat. Dengan nak bayar balik duit customer. Ya Allah, sangat menyedihkan. Aku wujudkan group whatsapp customer dengan linangan air mata untuk bagitahu aku kena tipu dan kembalikan duit mereka. Ada yang sangat memahami situasi aku masa itu… dan ada juga yang terus mendesak untuk dapatkan kembali duit. Yea, ada yang cop aku pula yang penipu. Tapi Alhamdulillah dengan bantuan suamiku, dalam masa 2 hari, aku telah kembalikan semua duit-duit mereka.
Sebab terlalu percaya dengan peniaga online ini, aku agak lewat buat report polis kerana dia maklumkan yang dia sendiri kena tipu dengan agen. Aku desak untuk dia bayar balik duit dan dia janji akan return balik secara bulanan sebanyak RM 200. Selepas beberapa hari raya, aku bertanya bila boleh bagi RM 200 itu dan terus dia block.
Aku buat report polis yang dekat dengan pejabat dan malamnya aku dihubungi oleh Sarjan Bahagian Komersil dan diminta datang ke Pejabat Polis Bahagian Komersil. Sekali lagi aku ceritakan apa yang berlaku. Yang aku terima maklum dari Bahagian Komersil hingga hari ini “telah mengenalpasti suspek tetapi masih belum berjaya menangkapnya”. Tindakan apa seterusnya, aku hanya menunggu.
Selain report polis, turut buat report di Tribunal. Aku daftar Tribunal online lepas tu, akan terima panggilan dari Tribunal untuk datang ke kaunter buka fail dengan bayaran RM5. Selepas menjalani setiap proses oleh tribunal dari menghantar surat berdaftar, menunggu masa 14 hari, hari perbicaraan, kemenangan kes, menunggu lagi 14 hari sehinggalah kes ini sekarang dalam siasatan KPDNKK. Gugup masuk bilik perbicaraan seperti aku sendiri yang bersalah sedangkan pesalah langsung tak nampak batang hidung. Kes memang dah menang, tapi pesalah masih seronok makan duit haram. Pesalah sangat kebal agaknya, sampaikan surat saman mahkamah dan ganti rugi tidak dilayan sama sekali.
Duit tersebut memang agak susah nak dapat kembali..Tak apa. Dia kebal dengan manusia, dia kebal dengan undang-undang tapi ingat dia tak akan kebal dengan Allah Yang Maha Esa. Jika sempat dia bertaubat..Alhamdulillah..jika tidak sempat Nauzubillah. Baru-baru ini dapat tahu, bukan aku seorang mangsanya, malah ramai lagi. Ada dalam jumlah yang kecil dan ada yang jumlah lagi besar dari aku. Lebih mengejutkan, ini adalah kerja suami isteri dan ketika kejadian ini, si isteri sedang mengandung anak ketiga.. Bayangkan bagi anak dengan hasil kerja menipu.
Aku nasihatkan pada siapa yang menjadi mangsa penipu online, buatlah report polis. Walaupun kes melibatkan jumlah kecil, lebih baik buat report bahawa kena tipu. Jangan sekali-kali buat report “tersalah bank-in” semata-mata nak dapatkan kembali duit.. Langsung tidak membantu. Nak dapatkan ic dan alamat. Cuba masuk group Senarai Nama Penipu Online (SNPO), InshaAllah akan ada yang membantu.
Tahun lepas aku adalah mangsa penipu online, aku tekad tahun ini aku berniaga online dari jubah sendiri. Kain sendiri aku carikan, jahit aku upah orang. Sokongan korang sangat diperlukan. Alhamdulillah, dah 100 pcs telah siap dan setengah masih ada di kampung.
Aku jual jubah ni, aku lebih kepada COD bagi yang dekat. Yang jauh, terpaksa juga kena pos kan… Tapi tak apa, tak puas hati dengan jubah ini, jaminannya adalah wang akan dikembalikan. Pelbagai pilihan warna.
kadang2 rasa serik je bila kena tipu nih.. dulu pernah jugak nekad.. percaya ke tak nih… beli dekat mudah, barang apa ek handset.. kena tipu tuh takla.. cuma ikut deal, mula2 cakap harga sekian2.. tiba2 lak .. harga ini ada campur itu ini.. pung-pang.. pandai tol
zik recently posted…Jdt juara piala fa 2016
Dekat mudah pun sama pernah terkena…nak beli baby carrier.. Last tak sampai pun..WhatsApp pun block terus.
harap jangan serik la..anggap ia adalah satu pengajaran dan ada hikmah disebaliknya..in shaa Allah
mrhanafi recently posted…Cabaran Terhebat Seorang Penulis Blog
Tak serik cuma lepas ni kena berwaspada..lagi pun ema pun niaga online.
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
Sekarang ni memang dah banyak penipuan secara online ni… Semoga kita lebih berhati2..
Anuar recently posted…Program Waqaf Al-Quran 2016
Betul tu..beli online cari yang buat cod..lagi baik.
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
Oh, masuk tribunal juga kes Ema ni ya! Tengok pada nama, macam biasa aje tau, Ema. Lagi-lagi tengok alamat tu, alahai…dekat sangat dengan kampung saya!
Kalau pun tak merasa nak dapat balik duit yang kita ‘terlabur’ kat dia tu, harap-harap cepatlah kena tindakan si penipu ni. Tak baik tau sara keluarga dengan hasil duit menipu macam ni!
Dari polis, tribunal hinggalah kpdnkk dah kes ema ni..suspek pun masih bebas dan ada di batu pahat sana..Tp jenis org yg tak takut apa..macam tulah.
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
salam takziah ema..lya doakan smoga sgalanya dipermudahkan .. Mmg hak kita utk melaporkannya ema..lya faham sgt situasi ni, sbb lya sdri pnh mjd mgsa pnipuan agen dropship ni.. lg sedih agen dropship tu adalah salah seorg blogger (sahabat blog)… apa2 pon lya maafkan dia.. cuma xleh lupa apa y dia buat.. kbtulan lya eksiden lps tu.. sptutnya bila mlibatkan urusniaga, haruslah jujur.. bkn lya sorang je y kena..rmai lg y under blogger ni kena.. sjk kes tu dia trs block lya kat FB dll… klo nk buat jahat, blh sgt lya siarkan blog & pic dia.. tp xpelah..itu antara dia dgn Allah SWT…
lyafrina recently posted…Projek Hadiah Hari Guru & Minggu Peperiksaan
Terima kasih lya, oh lya pun pernah terkena.. Lebih lagi dengan member blogger… Tak takut ke dia…mudah-mudahan dia cepat bertaubatlah kan.
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
Salute dgn tindakan berani dan nekad yg Ema buat
Jadikan panduan buat mereka yg terkena sama supaya boleh buat seperti yg Ema dah lakukan.
Satu hari Ema kenalah pampangkan semua jubah-jubah produk Ema tu nak juga kakak tengok menjamu mata walau tak beli. Mana tahu anak kakak terpikat:)
Setakat yg termampu buat kak zakie..harap tertangkap lah suspek tu..terima kasih kak..InshaAllah ema postkan jubah tu nanti.
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
bukan main licik si penipu ni, sepandai pandai tupai melompat moga cepat kene tangkap dgn pihak berkuasa, cantik jubah ema jual tu, moga bisnes maju hndknya
ajumohit recently posted…Tak nak operate tonsil!!
Memang..dah viral kat fb pun..suspek masih bebas..
ema recently posted…Kemeriahan Hari Karnival Usahawan SKDP
tula emma baru2 adik terkena.mati2 dia xnak mengaku dia bersalah. bila kita cuba ugut2 dia dia berani je pusing2 cerita. last2 dia kata kita yg buat2 cerita dan nak saman malu. dia yg buat report, buat aduan tribunal dan saman malu
haaa gigih kak azni cari entri ni.. huhuhu takutnya lahai kan….