LA Hot Spring atau Air Panas LA terletak di pedalaman Hulu Besut, Terengganu. Jarak perjalanan dari Kota Bharu lebih kurang 70KM dan dari bandar Jerteh lebih kurang 30KM. Aku dari Pasir Puteh lebih kurang 45KM. Nak masuk sini dikenakan bayaran RM1 satu kepala untuk dewasa. Di signboard tulis kanak-kanak dikenakan RM 0.50 sen satu kepala, tapi langsung tak dikira pun.

LA Hot Spring

Mandi Manda Bersama Keluarga Johor

Sebab famili dari dari Kluang, Johor pun balik bercuti bawa mereka menikmati keunikan air panas dan air sejuk kat sini. Aku sendiri pun lama tak pergi, dah bertahun-tahun. Dah namanya cuti sekolah memang orang pun ramai. Nak dapatkan tempat berteduh yang ada atap bagai memang penuhlah. Last-last berteduh bawah pokok elok-elok tepi sungai cetek yang mengalir. senang sikit tengok anak mandi manda depan mata ni.

Air Panas Lata

Air sungai yang mengalir ni memang sejuk dan cetek. sesuai untuk anak-anak sebaya aqeel mandi sorang-sorang, kita awasi mereka dari tempat berteduh saja. Orang lain semua pergi ke tempat air panas. Aqeel sorang-sorang mandi kat air sejuk. senang nak jaga budak nama Aqeel ni. Dia tak akan mandi jauh-jauh pun.

Aku sendiri pun tak mandi sebab tak plan awal pun nak pergi. Adik ambil aku pun kat kedai ma. Walaupun tak mandi, aku celup juga kaki gosok-gosok tumit kaki kasi halus sikit. Gosok dengan pasir air sejuk ni…terus bersih tumit kaki.

Bukan main seronok mereka dapat berkubang dalam air sejuk ni. Mandi air sungai lagi best dari air laut. Walaupun cuaca pun macam terik, tapi nikmat air sejuk terus hilang rasa panasnya.

Kolam

Kolam Panas Berubat

Gambar dari google. Begini tempat untuk air panas agaknya. Maaf, aku sendiri tak tengok kawasan mandi air panasnya. Ramai yang berendam di sini kerana air panas semulajadi yang mengalir dari celahan-celahan batu mampu merawat penyakit kulit, jantung, darah tinggi dan penyakit lumpuh. Amaran, tak boleh rebus telur.

LA Hot Spring Terengganu

Harga makanan kat sini boleh dikira murah lagi walaupun di kawasan rekreasi. Cuma, paling aku sangat-sangat tak puas hati adalah keadaan tandas yang amat-amat tidak terjaga. Aku sendiri malu dengan saudara aku bila tengok keadaan tandas yang teruk. Langsung tak boleh nak masuk apatah lagi nak memBUANG. Berekor-ekor lebah berterbangan dalam tandas. Terpaksalah salin baju basah di belakang bangunan tandas.

Ada satu bangunan yang masih dalam pembinaan. Agak aku mungkin ia adalah tempat untuk bermalam. Mohon sangat pihak pengurusan menjaga kebersihan lebih-lebih lagi kebersihan tandas.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *