Loading...
Travel

Cuti Sekolah Nak Pergi Mana?

Ini tahun lepas punya percutianlah sebelum pantai timur di landa bah besar. Plan yang sekejap jadi sekejap tidak. Kami yang dari KL pun dalam dua, dalam antara dua pun dah lepas tol gombak terus juga redah biarpun cuaca agak mendung. Kalau tak dapat nak mandi manda waterpark pun, dapat bawa anak makan angin pun kira ok.

Bercuti ke Gambang

Sepanjang perjalanan ke Kuantan, masuk LPT, nampak cuaca belah Kuantan macam cerah. Berbalas whatsapp dengan mom di Kelantan. Mom pun berhenti di Jerteh, Terengganu sebab tak berani nak teruskan perjalanan. Di sana lagilah hujan sepanjang perjalanan. Bila sampai Kuantan, Alhamdulillah memang cuaca cerah. Berbalas lagi whatsapp dengan adik, rupanya mom pun teruskan perjalanan ke Kuantan. Pandai kami bodek mom suruh gerak juga. Kami yang sampai awal dan perut rasa lapar pergi pekena nasi air Aida’s di Kuantan Parade.

Gambang Waterpark21

Dah sampai Kuantan, memang singgah kat sinilah makan nasi air dari Aida’s Corner.

Nasi Air Aida's Kuantan Parade

Laju juga mom bawa kereta, tak sempat nak habis makan, mom bagitahu dia dah pun sampai di tol Gambang. Bergegaslah kami ke sana. Alang-alang cuaca pun cerah pada hari sampai, teruslah masuk ke Gambang Waterpark. Takut hari esoknya, tetiba hujan.  Memang ramainya manusia mandi kat sana. sampai nak ambil pondok pun dah habis. Terpaksalah cari dan selit-selit bawah khemah. Mujur dapat juga, sebab ada famili yang dah mula berangkat.

Gambang Waterpark30

Terus salin baju terus pergi masuk kolam. Maklumlah dah petang. takut tak puas pula.

Gambang Waterpark28

Gambang Waterpark29

Gambang Waterpark23

Masamnya muka Aqeel, berebut mainan dengan sepupunya si Adriana. Memang kena mengalahlah.

Gambang Waterpark13Inilah si Adriana nya. baru lepas masuk lintah dalam bontot. rileks jea.

Gambang Waterpark26

Gambang Waterpark08

Gambang Waterpark06

Gambang Waterpark05

 

Waktu Gembira Bersama Keluarga

Bila mandi kolam, naik ke darat perut berbunyilah lapar. Biasalah mana-mana waterpark nak masuk tak dibenarkan bawa masuk makanan luar. habis diselongkarnya beg yang bawa. kenalah beli juga makanan kat dalam ni. mahal pun tetap kena isi perut yang lapar. itupun kongsi-kongsi.

Gambang Waterpark27

Gambang Waterpark12

Gambang Waterpark10

Kakak dengan sepupunya ni berani juga pergi mandi berdua kat tempat arus deras. nasiblah ikut di belakang. bila dah pasang ombak, memang boleh buat jatuh dari pelampung.

Gambang Waterpark09

Gambang Waterpark25

Gambang Waterpark11

Gambang Waterpark24

Tak tahan tengok gelagat orang-orang yang tunggu air mencurah masa ni. berlari-lari tunggu kat bawah sana.

Gambang Waterpark07

Dah puas mandi, balik homestay malamnya menjamu selera di Restoran Ikan Bakar Ana Petai. Order-order yang membayar semuanya mak-mak dara.

Gambang Waterpark02

So, anak-anak cuti minggu depan hanya duduk kat rumah yea. kita jalan-jalan di pekan saja. bawa ke kedai RM 2 pun happy.

 

About emarieys

Ema has written 1171 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

9 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE