nasi kukus sedap

Dulu Berniaga Di Tepi Jalan Kini Berniaga Dalam Bangunan – Maliki Nasi Kukus

Memang respek. Dari berniaga tepi jalan, kini berniaga dalam bangunan. Walaupun ia dibayar sewa, tapi bayarannya bukanlah dua tiga angka. Orang yang tinggal di area Bandar Sunway mesti tahu di mana tempatnya Restoran Nasi Kukus Maliki ni.

Lokasi baru Restoran Nasi Kukus Maliki

Gerai di tepi jalan terus tutup, tumpu pada satu kedai. Lokasi sebelum ini sama bangunan dengan Cash and Converter…tapi lokasi baru tidak jauh dari situ hanya berlainan bangunan dan bersebelahan dengan klinik pergigian. Asalnya kat situ Ambank.

nasi kukus sedap

Dari dulu sampai sekarang, nasi kukus dia sama rasa, sama kuantiti, sama kualiti. Satu bungkus makan dua orang pun cukup. Satu bungkus nasi kukus ayam harga RM7.50 beserta kuah pekat, sambal likat, acar timun dan keropok.

maliki nasi kukus

Ada juga menu lain…nasi ayam pun ada..masakan panas pun ada juga. Air pun dalam gelas besar. Hari Angah turun KL, aku bawa mari try nasi kukus sini. Kebetulan nak jumpa adik lelaki yang baru dapat kerja dekat situ. Pun bawa sekali….itu featured image dengan adik lelaki aku lah tu.. Kerja tak sampai sebulan, khabarnya dah berhenti. adooii, itu yang tak tahan dengan peel budak ni sorang..

nasi kukus sedap
Sedara mara kumpul

Walau kaler tudung sama, tapi hari lain-lain yer. selang 3 malam datang lagi ke sini semata-mata nak jumpa saudara dari Kelantan. Alang-alang datang kedai makan, tak nak makan pun orang tetap ambil order. hehehehe.. Kali ini nak try masakan panas jer…aku order nasi goreng kampung..share dengan Aqeel…pun sedap.

Kuah Rojak Buah Sedap Giler Wey

Ini pun satu hal lagi, kuah rojak buah memang sedap giler. Dengan pekatnya, dengan ada kacangnya, dalam berkas besar pula…harga pun murah.. sebotol RM15 jer.. Kuah rojak ini adik owner punya..dia buat sendiri..yang mana hantu kuah rojak, tak menyesallah korang try.. call jer nombor kat botol tu.

nasi kukus sedap

Cuma satu jer maaslah aku kalau pergi sini.. makan mesti free.. hari  bawa angah dan adik makan free, masa jumpa sedara kat situ pun free…aku beli 2 botol kuah rojak buah pun tak nak ambil duitnya.. segan nak pergi selalu.. kadang tu tinggal jer duit atas kaunter…hehehehe. Nak buat camana dah owner nya tak berkira dengan saudara sendiri.

Alamat: Restoran Maliki Nasi Kukus,

20, Jalan PJS 8/17, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor

 

Susah nak tengok kedai orang Melayu penuh dengan bangsa-bangsa lain tapi itulah berkat sedekah mereka.

 

 

About emarieys

Ema has written 1255 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “Dulu Berniaga Di Tepi Jalan Kini Berniaga Dalam Bangunan – Maliki Nasi Kukus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge