3INA Makeup atau disebut sebagai MINA atau lebih tepat lagi sebutan adalah MEE-NAH. Satu jenama alat solek dari Europe yang baru masuk ke Malaysia dan hanya berada di di IOI City Mall Putrajaya, Pavilion, Sunway Piramid dan Sky Avenue Genting Highlands.
Teruja Dengan Warna Yang Ada
Masuk store 3INA Makeup, teruja tengok warna warni lipstick yang dipamer. Aku tak tahulah berapa ratus warna yang ada bagi setiap makeup. Ambil merah, macam-macam merah ada. Ambil pink, macam-macam pink ada. Itu baru lipstick, belum makeup yang lain.
Eye shadow, foundation, mascara,nail polish semua warna ada tau. Nak jenis powder, jenis matte.. pilih saja. Rambang mata nak pilih, tak perlu risau. Boleh cuba sample yang ada. Dan pilihlah yang mana sesuai dengan kulit sendiri. Boleh minta bantuan dengan mereka yang sudah bersedia untuk makeup korang.
Alatan makeup seperti berus pun ada. Pelbagai saiz dan pelbagai kegunaan.
Berjam-jam lamanya duduk di 3INA Makeup. Itupun macam tak cukup. Nasib baik masih ada stores yang dekat. Kena pergi lagi jawabnya.. kita tambahkan koleksi 3INA Makeup. Hurmmm, berebutlah barang makeup dengan anak dara aku dua orang ni. Yang seorang ni dah aim, aku ambil barang dalam paper bag tu…aku pula yang kena marah.
Nanti aku share apa barang yang ada dalam paper bag tu. Korang bolehlah terjah mana-mana stores 3INA yang berdekatan atau layari web 3INA.com .
#3INALOVESMALAYSIA #INAMOVEMENT #BLUEBELLMALAYSIA
Because Beauty Is Relative, Not Absolute
perggghhh
gegirl yang pergi confirm rambang mata
hahaha
tak reti beli barang mekap dekat tempat tempat gini. sanggup beli MK je dari agen
Wah banyak sangat pilihan dan warna-warna yang menarik.Kalau pergi mesti meriah kan.Terima kasih berkongsi info yang bermanfaat bagi kita semua.
Wah sukanya kalau dah shopping barang makeup berjenama dan berquality ni. girls mesti ambil masa seharian nak pilih warna ni hehe. btw thanks for sharing 🙂