Kalau pergi negara luar, paling was-was adalah tempat nak makan. kat Hatyai ni, boleh dikatakan senang nak cari tempat makanan halal. cuma, masakan dia tu entah boleh telan atau tak saja. nasi mereka macam pulut. Selama tiga hari kat sana, ada beberapa tempat untuk kami-kami mengisi perut ni. hari pertama makan tengahari di Restoran Hamid. nak cari mudah sebab di tengah-tengah bandar. cakap bahasa Malaysia saja. tapi nak bagitahu harganya mahal.
yang inilah group satu lagi. ini group anak-anak muda. mereka semua adik-beradik, sepupu-sepapat segala.
Hari kedua, makan tengahari di Restoran Shah Alam Seafood. bukan main lagi Shah Alam pun ada kat Hat Yai ni.
Bersih sangat. tempat bancuh air pun kat luar.
susah juga, menu tanpa harga.
Kedai Makanan Halal Di Hatyai.
Aku jarang order makanan goreng menggoreng. selalu order tomyam seafood dan telur goreng. yang musykil sikit, bila kita cakap telur goreng ‘satu’, tomyam ‘satu’, yang sampai macam untuk tiga, aku agak kira dia buat untuk satu kepala.
Dua malam berturut-turut ada pergi makan satu tempat ni. tapi dah lupa nama kedai. tepi jalan. tapi bukan dalam kedai bangunanlah… sana, bau agak kurang menyenangkan. tapi harga murahlah sikit.
Mr. ery punya cakap sedap pulut mangga ni. aku rasa sudu saja terus tak nak. dia punya lemak santan tu perggghhhh…orang jenis yang minum susu, memang bestlah aku yang langsung tak minum susu apatah lagi air yang diletak susu pun aku tak minum. mangga dia sedap sangat. dua kali jugalah mr.ery makan pulut mangga ni.
Naik Tut Tut Untuk Ronda
Jalan kaki pun penat nak ke sana ke mari. jadi, kenalah juga naik kenderaan. sini yang sohor kereta tut tut. macam teksi ‘prebet’ lah. nak pergi mana-mana..jauh ke dekat, charge satu kepala 20baht. sumbat selagi boleh sumbat.
seriau juga naik tut tut penuh macam sardin. bukannya slow pun mereka bawa. sekali pusing masuk simpang bukan main senget-senget kami dibuatnya. risau terbalik je..sebab ada juga tut tut ni terbalik masa kami lalu nak pergi jalan.
kelemahan naik tut tut masa hujan adalah basah kuyup. kesian aqeel basah habis. tapi hujan Hat Yai tak datangkan penyakit. langsung aqeel tak demam. Alhamdulillah. kalau hujan KL, kena sikit dah demam.
Masa kami makan di Restoran Shah Alam Seafood, tuan punya restoran ni juga ada sediakan perkhidmatan van. dia charge sama dengan harga naik tut tut. 20 baht satu kepala.
dari naik tut tut, baik naik van. tak adalah nak basah kuyup memanjang. aku zoom kan senang sikit mana-mana yang nak contact ‘pak haji’ ni.
‘pak haji’ pun bukan calang-calang orangnya. masuk dalam perut van. terus goyang wey…layan dangdung ‘pak haji’ ni..
Eh3x, macam ada satu lagi yang harus aku kongsikan. kejap-kejap lagi. kejap lagi aku mahu esok atau lusa atau minggu depan pula. jangan marah yer.
Panduan berguna ni….nanti kalau pegi lagi boleh cuba kedai2 yang sis share ni.