Restoran

Makan Tengahari Murah RM3.50 Ada Seafood Lambak Hanya di Restoran Nelayan Ampang

 

Di manakah tempat untuk mencari makan tengahari dengan harga murah di Bandaraya Kuala Lumpur? Kebiasaannya, harga murah yang pernah dapat pun setakat RM5.00. Itupun nasi ayam sebungkus atau nasi dengan sayur sahaja. Betul? Hari-hari makan nasi ayam, tak naik jemu ke? Jemulah kan. Habis itu, mana lagi tempat nak cari makan tengahari dengan harga murah di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni.

Pembukaan Restoran Nelayan Ampang

Sebelum itu, pernah dengar Restoran Nelayan Gombak? Pernah atau tidak pernah, untuk makluman korang Restoran Nelayan Ampang ini merupakan cawangan kedua bagi Restoran Nelayan. Disebabkan ia beroperasi di Ampang, begitulah nama restoran yang diberikan. Tahniah kepada Encik Mohd Fairiz Bin Omar selaku pengusaha Restoran Nelayan.

Aku bersama rakan-rakan KBBA9 lain, telah dijemput untuk memeriahkan majlis dan menikmati hidangan istimewa pada hari pra pelancaran Restoran Nelayan Ampang. Dan  kini, restoran ini telah beroperasi sepenuhnya. Jadi, korang bolehlah terjah ke sana. Berkonsepkan ruang luas dan terbuka malah turut dapat melihat bangunan KLCC dari sini.  Jika ada hari sambutan peristiwa dan adanya pancaran bunga api, seronok ni, tidak perlu bersesak di tempat lain nak tengok bunga api, tengok dari restoran ini sambil menikmati hidangan lagi best tau. Parking pun banyak dan senang nak dapat.

RM 3.50 Makan Tengahari di Restoran Nelayan Ampang

Nasi putih dengan pilihan ayam goreng atau ikan goreng serta sayur dengan harga RM3.50 akan menjadi menu utama makan tengahari paling murah. Wow, sangat menarik. Dengan harga sedemikian, semestinya menjadi pilihan ramai untuk makan tengahari di sini. Tunggu!!

Selain, makan tengahari dengan harga RM3.50, lain-lain menu menarik juga ada seperti steamboat dan grill serta seafood lambak. Steamboat dan grill disajikan secara makan buffet. Pilihan dari menu utama, sayuran, mee kering, steamboat manakala grill ada seafood, daging kambing, ayam dan daging dengan perapan perasa iaity satay, honey, masala dan brown nelayan. Rojak buah, buah potong, air panas dan kordial dan ais krim sebagai pencuci mulut. Harga untuk buffet steamboat dan grill pada harga RM28 sahaja bagi dewasa dan kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas atau warga emas 61 tahun ke atas hanya RM16 sahaja.

Berminat untuk makan Seafood Lambak, dengan pilihan lauk segar iaitu Ketam, Udang Galah, Shell Musheel, Bamboo, Shell Scallop, Kupang, Sotong dan serta serta jagung rebus yang dihidang dengan 4 jenis sos yang hanya terdapat di restoran nelayan sahaja iaitu Sos Hongkong spicy curry leaf, Pearl Kristal sweet sour, seafood chili dan Green Curry Klasik. Harga untuk seafood lambak hanya RM20 seorang termasuk air cordial, air panas dan nasi, jika nak tambah nasi, tiada penambahan harga.

Hongkong spicy curry leaf,
Green Curry Klasik
Dua-dua sedap tau

Langsung tiada pembaziran, habis licin dimakan. memang sedap dia punya seafood lambak ini. Aku mula itu, ingatkan pedas..tapi kepedasan boleh lagi aku telan.. maklumlah aku ini sensitif sikit bab makanan pedas, berulang air jawabnya.

Promosi Pembukaan

Korang, ada diskaun harga untuk steamboat sehingga 31 Mac 2018 sempena hari pembukaan restoran. so, apa tunggu lagi..bolehlah bawa keluarga pergi makan di sana. Bila lagi nak merasa.

Lokasi Restoran Nelayan.

Disebabkan, restoran baru beroperasi. Dalam waze tak dapat dikesan lagi. Tapi jangan risau, confirm tidak sesat sama sekali. Search Ampang Waterfront, masuk laluan deretan bangunan..pergi terus sampai ke hujung bangunan, nampak  Crew Planet Cafe..dan di ataslah tempatnya.

 

Alamat: Restoran Nelayan Ampang, 33A-1, Jalan AWF 1, Ampang Waterfront, 58000 Ampang, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi – 12 t/mlm hari Selasa – Ahad  (Isnin tutup)

 

About emarieys

Ema has written 1151 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor
18 Shares

You may also like...

8 Comments

  1. memang pilihan berbaloi untuk makan di sini..

  2. best nampak shellout tu.. terliur dah ni.

  3. nampaknya fresh shellout tu.. sambal dia nampak best sangat.Harga pun mampu makan ni

  4. RM3.50??? murahnyaaa!

  5. Murahnyaa,jimat duit kita kan. Kalau makan sini memang berbaloi la. Terima kasih atas perkongsian maklumat tu,boleh la pergi satu family nanti.

  6. kalau dah berharga RM3.50 murah giler..

    mana lagi mahu cari dalam dunia yang fana ..

    memang terbaikla.

    kalu dekat hari-hari boleh pergi

  7. Wah…murahnya.. terima lasoh atas perkongsian

  8. Bestnya seafood lambak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge