Makan kat sini pun sedap | Restoran Tasik Idaman

Restoran Tasik Idaman

Jumpa lagi satu kedai makan yang sedap.

Sedap ikut selera tekak ema laa…tapi kalau u all nak cuba dipersilakan.

Rasanya memang tak rugi pun.

Makan kat sini pada malam tahun baru. Mr. ery dan anak-anak dah pernah makan di sini.

Cuma, ema yang baru nak try sebab masa diaorang pergi ema outstation.

Bila malam tu, rasa nak makan ikan bakar..jadi, mr.ery suggestkan kat sini.

Restoran dia agak terpecil tapi kawasannya memang luas seluasnya.

Siap ada tempat atas tasik lagi.

Tapi kami pilih meja yang dekat dengan tempat untuk pilih ikan-ikan, udang dan ketam malah tempat nak membayar sekali..

Dah kenyang malas pula nak jalan.

Antara menu untuk kami berempat makan

Ikan bakar dia memang sedap wey… dia bakar pakai arang..pastu dia punya rempah memang sedap..

sedap sangat!!!

Mereka berdua dapat belon sebab malam itu malam tahun baru.

Kalau sanggup tunggu hingga jam 12.00 malam boleh tengok bunga api, ada cabutan bertuah.

Tapi kami tak kuasa nak tunggu lagi 3 jam…so kami balik saja.

Restoran ini siap ada stage..siap ada DJ.

Walaupun tak tunggu pancaran bunga api kat sana.

Tengok pancaran bunga api dari TBS boleh tahan meriahnya. memang meriah bunga api malam tu. hampir 10 minit pancaran bunga api di langit.

Besar belanjanya…

Kalau sesiapa yang rasa nak try makan kat sini. Ini alamatnya :

Tasik Idaman

Lot 44A, Jalan Idaman 84/89,

Jalan Jenderam

43800 Dengkil, Selangor

Tel : 012-6775632

Memang perjalanan ke sana agak mencabar lebih-lebih lagi waktu malam.

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge