Loading...
BisnesRestoran

Food Review: Makan Ikan Bakar Belakang Istana Lama Jalan Bellamy

Ikan Bakar Belakang Istana Lama Jalan Bellamy.

Sinilah port orang Bandaraya Kuala Lumpur datang makan ikan bakar. Gaji dah masuk semua pergi serang kedai ikan bakar. Masa nilah nak berbelanja lebih dan makan sedap sikit. Memang femeslah tempat ini. Kalau tekak nak makan ikan bakar, hari minggu pun mamaema pergi. Malam pun ada, tapi satu kedai saja yang buka. Sini, semuanya berniaga ikan bakar. Nak tahu kedai mana yang kena dengan selera tekak, kena cuba setiap kedailah. Bagi mamaema, kedai pertama dan kedua menjadi pilihan.

Tak payah makan nasi, ratah saja ikan  yang dah dibakar tu. Bahagian yang hangit itulah yang sedapnya. Ikan pula segar memang tak pandang kiri kanan. Cicah pula dengan sambal dan cili kicap. Merecik peluh.

 

 

Sejak dah pandai makan ikan keli ni, mamaema pilih ikan keli. mamaema yang untung dapat makan sorang-sorang. yang lain tak makan ikan keli. hehehe.

 

Bukan ikan saja yang ada, sotong bakar pun ada. Sotong pula besar-besar. Seekor pun tak habis nak makan.

 

 

Konsep layan diri.

Pilihlah ikan apa yang nak, ikan besar mana kat depan orang yang tengah panggang ikan tu. Dah berkenan, terus ambil letak atas meja. Nasi pun ambil sendiri. Nak cepat dapat air, pun pergi ambil sendiri. Bila dah bersesak dengan ramai orang, bau pula asap ikan bakar. kena bertahanlah. Style kedai makan jenis open air.

Kedai Ikan Bakar ni yang paling dekat dengan tempat kerja. Ada seorang pegawai yang baru masuk yang belanja mamaema dan kawan-kawan yang lain makan ikan bakar kat sini. Masing-masing oder, tapi semua dapat rasa. Lepas dah kenyang makan nasi makan ikan bakar, buah-buah potong, goreng pisang pun ada.

Nasihat mamaema, sesiapa nak pergi merasa ikan bakar belakang istana lama ni lebih baik pergi awal. Tiba waktu puncak jam 1.00 petang, memang bersesak habis.  Dan lepas makan, janganlah sambung borak ke apa, kesian orang berdiri tunggu meja. Pergi sambung borak tempat lain yer.

 

About emarieys

Ema has written 1169 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

6 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE