Family Restoran

Tidak Jatuh Miskin Belanja Keluarga Makan Besar

Makan besar di Ikan Bakar Zul, Besut. Time kumpul ramai-ramai dengan family paling seronok kan. Lagi-lagi cukup korum semua. Alhamdulillah, bila dapat belanja keluarga makan-makan dan kumpul satu meja. Dari anak ke menantu hingga cucu. Walaupun abah dan mom dah lama berpisah, tetap dapat duduk semeja.

Ikan Bakar Zul Besut

Ikan Bakar Zul Besut tempat makan malam kami sekeluarga. Agak terkenal juga kedai ikan bakar kat sini. Cuma masakan hanya tertumpu pada bakar-bakar dan goreng celup tepung. Tak ada menu tambahan seperti menu berkuah dan sayuran. Yang bestnya lauk sangat fresh.

Datang sini, sila pilih meja dulu yea. Orang sangat ramai. Masa tengah cari meja, sambil tu terus buat order. Pilih-pilih lauk fresh dan terus pilih nak bakar atau goreng. elok dapat meja, terus sampai makanan..tak perlu tunggu lama.

Doa Murah Rezeki

 الَّلهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ ، وَاغْنِنِي بِفَضلِكَ عَن سِواكَ

“Ya Allah, ya Tuhanku! Cukupkanlah aku dengan suatu yang halal berbanding suatu yang haram yang telah Engkau tetapkan. Dan berilah aku kekayaan dengan kelebihan daripada Engkau berbanding selain Engkau.” [Kredit: Islamidia]

Tidak membazir..rezeki cukup pada malam itu walupun agak ralat dengan harganya. Okeylah, bukan selalu pun..happykan orang tua dan adik-adik.

Walaupun adik beradik tidak ramai, tapi riuh dengan cucu-cucu yang macam-macam peel. Next, plan nak bercuti sama-sama..InshaALLAH mudahan ada rezeki ke arah itu.

 

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

7 Comments

  1. Ya betul tu. Lebih nikmat rezeki tu dikongsi 😉
    Thenewsia recently posted…Semakan UKSBP 2018 Ujian Kemasukan SBP 2018My Profile

  2. betul sangat ni ema
    Raihanah recently posted…Polifenol Rahsia Awet Muda Kulit Cantik BerseriMy Profile

  3. Haaa bila nak belanja kak azni ni
    Azni recently posted…Frustnya tak boleh derma darah kerana hemoglobin rendahMy Profile

    1. InshaALLAH… sekarang nak belanja aiskrim bolehlah…hehehe.
      emarieys recently posted…Rumah PPA1M Brickfields Jadi RebutanMy Profile

  4. Hahaha

    Anak siapa landing atas meja tu ema

    Tapi ada syaratnya nak murah rezeki tu kan

    YAng pertama belanja tu ikhlas sebab Allah dan nak dapat redha mak ayah

    Sambil tu dapat eratkan silaturahim

    Kedua, tak boleh ungkit ungkit dan sakiti hati penerimanya

    Insyaallah dapat jaga niat dan hati

    Allah akan bagi rezeki lagi banyak
    Ibu Zaid recently posted…Tempat Jalan di Melaka – 8 Lokasi Menarik Untuk Bercuti!My Profile

    1. Anak ema ni ibu.. elok sampai dia dah lena… tak sanggup nak kejutkan. Terima kasih ibu atas komen-komen ibu yang sangat prihatin dan peringatan sentiasa.
      emarieys recently posted…Rumah PPA1M Brickfields Jadi RebutanMy Profile

  5. Sekedah pun ada banayk ttahap

    tahap paling tinggi kepada ahli keluarga terdekat

    Sebab yang paling baik antara kita kan yang paling baik kepada keluarga

    lagipun sedekah pada keluarga dapat 2 pahala

    pahala sedekah dan pahala silaturahim

    Lagi lagi pada keluarga yang susah
    Mazni Azmi recently posted…Rahsia kulit cantik putih gebu wanita korea! Flawless macam baby. No 6 Paling KelakarMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge