Special Day

Majlis Rumah Terbuka Kepochi Sungguh

Selesai sudah Majlis Rumah Terbuka di pejabat MamaEma..sungguh kepochi gituuu.. Kami di tempat kerja dah macam keluarga sendiri..Yealah, keluarga kami ini kecil.. pergi mana-mana bahagian memang akan selisih bahu lah..

Tema Ala-Ala Kampung

So, semalam berbaju kurung lah MamaEma.. katanya tema ala kampung..so, kita jadi gadis kampung lah semalam.. dengan berbaju kurung biru.

Baca: Deco-Deco Rumah Terbuka

With SUB PSM…Kot dapat pergi posting ke

Tahun ini punya raya, tak ada kambing golek lagi.. Katering dari anak buah DEE.. pengacara tu. Ada Coffee Corner dan photographer yang mana setiap kali kami berposing depan kamera… terus gambar kami akan di print…on the spot dapat gambar… berebut lah haih…padahal semua dapat seorang satu….hehehe..

Coffee Corner ikut sini yer.

Ex-bos yang suka belanja, suka bagi nasihat…orang lama yang banyak pengalaman..tahun lepas pencen…. Katanya “Dia enjoy layan hari-hari pencen.. tak ada jem, tak perlu bangun pagi..tak perlu pergi meeting… nak pergi holiday saja”

. With ex-boss… dah pencen.

Selesai sudah…tapi selagi syawal belum habis.. selagi itu masih beraya.. Hujung minggu ni ada jemputan ke rumah terbuka… Jawabnya, gantung kuali lagi lah yer..

Eh kejap, dah lupa nak tulis apa ni…sambil menaip entri..sambil post gambar-gambar dalam group whatsapp…semalam sempat buatkan video sekali.. bila dah tunjuk,ramai pula yang nak.. dalam whatsapp ada time limit..so terpaksa hantar part by part.. Okeylah, sampai sini saja Rumah Terbuka tahun ini..InshaALLAH, tahun depan buat lagi..

 

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

5 Comments

  1. Beraya sakan betul ye Mamaema dekat office tu.. tak per.. raya kan sebulan.. berayalah puas-puas..
    anuar recently posted…4 Langkah Menjamin Kejayaan Perniagaan Internet – Irfan KhairiMy Profile

  2. meriahnya open house dia
    raihanah recently posted…Rawatan Terbaik Untuk Sakit Sendi Dan LututMy Profile

  3. Besar besaran sambutan hariraya. Mesti Terasa sedikit kehilangan Kan boss yg sporting Dan aka bapa2 gitu dh pencen
    Mama pipie recently posted…Kiddle.co, Google untuk anak-anakMy Profile

  4. Meriahnya Majlis Rumah Terbuka MamaEma di pejabat. Part main congkak tu memang unik.
    Gum Arabic Al-Manna recently posted…Al-Manna AmeerMy Profile

  5. meriahnya raya dengan sahabat office, bawa ema biru pun cantik sangat..bestkan raya!
    umminani recently posted…Lembaga Zakat Selangor – Terima kasih kerana menghargai KBBAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge