Majlis Nikah Dan Sanding di Kelantan

Majlis akad nikah pada malam harinya. Muka aku yang tak cukup tidur. Muka sembab mata bengkak. Nasiblah, warna baju aku pakai warna ceria boleh kasi aura sikitlah. Adik-adik pun datang sama ke majlis akad nikah sebab lepas majlis akad ni sambung lagi kerja untuk siapkan pelamin kat luar. 3 orang kat belakang kitaorang tu, photographer. Terkejut juga aku, photographer sampai 5 orang.

nikah di kelantanEsoknya hari sanding dan pagi tu terbangun lewat sampai mak mertua datang ketuk pintu bilik. Apa punya menantulah aku ni…penat sangat tak sedar pun hari dah terang. orang kat luar dah mula sibuk masak.

Tema baju kami adik beradik belah ipar warna biru terang. Pilihan adik ipar aku nombor dua. Ada yang kias-kias ‘amboii, biru nampak‘. Tak ada unsur kepolitikan pun pilih warna ini.

Eh, terperasan ada pula anak dara sorang terselit di balik tiang besar tu. Baru perasan, tak ada gambar aku sekeluarga dengan pengantin..masing-masing semua sibuk. Harap ada sekeping dua dalam banyak-banyak kamera photographer nanti.

majlis persandinganBelah keluarga aku dah lama selesai, kini belah keluarga mertua pula dah selesai. Anak-anak kini dibawah tanggungjawab suami masing-masing.

Persandingan di Machang01Mom macam sama tema pula dengan warna pelamin kan. Inner neck silang satin warna pink yang my mom pakai ni, ada aku jual tau. kalau berminat boleh pm. kasi promosi sikit.

Persandingan di Machang12Memang ketara warna biru ni. naik seri gitu..ehehehe. Aku pun pakai juga inner sama macam my mom pakai tu..cuma aku buat ke belakang sikit sebab tak nak kasi nampak di depan bila aku pakai selendang tu..selendang yang aku pakai pun ada dijual juga tau.

Persandingan di Machang04Ini tempat makan beradab. sama tema dengan warna pelamin. tak sempat pun nak rasa lauk pengantin…cepat saja diserbu.

Persandingan di Machang14Paling yang menjadi rebutan candy buffet ni…tak sempat pengantin lelaki sampai memang terus licin pun…belum letak isi lagi, budak-budak dah kelilingi meja. kesian adik ipar aku ni, kena hand over bahagian chocolate tu..

Persandingan di Machang09Ucapan ringkas dari mak mertua. skrip dari aku yang search kat google.

Persandingan di Machang13Ada Tuan Denaihati komen kat entry sebelum ini, teringin nak naik pelamin lagi. eh, apa salahnya. tak salah nak naik pelamin sekali lagi. Tengok macam pasangan ini.. Anak dua pun masih naik pelamin lagi tau.

Persandingan di Machang45 Persandingan di Machang44Dulu pelamin biasa-biasa je..sekarang design warna warni.

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge