Majlis Perpisahan dan Pencen Muda di Restoran Rebung Chef Ismail.

Cenderahati

Majlis perpisahan untuk pegawai kami yang akan berkhidmat di luar negara awal bulan Julai nanti. Tahniah untuk beliau walaupun tak sempat nak menyambut raya apatah lagi menghabiskan bulan puasa. Kerja di KLN, memang akan ada peluang untuk pergi ‘posting’ ke luar negara tapi perlu mengikut jawatan yang ada. Macam jawatan kerani seperti aku pun dapat peluang untuk berkhidmat di luar negara sekali dalam perkhidmatan. Tunggu giliran. Masih belum dapat tawaran kursus pra penempatan lagi. Maybe setahun dua.. In sha Allah, doakan untuk giliran aku satu hari nanti.

rebung
En Padli yang akan berkhidmat di luar negara.

Pencen Awal.

Turut menyambut majlis perpisahan jasamu dikenang pada kak Nurul yang kini telah berpencen. Kak Nurul terpaksa berpencen di usia yang muda dan kerana masalah kesihatan.

restoran rebung
Kak Nurul

Tiga acara dalam satu majlis. Majlis hari jadi untuk staf yang lahir pada bulan 5 dan 6 turut disambut. Kek aiskrim dari The Baker’s Cottage, Bangsar.

birthday cake

We always miss u kak Nurul. Maafkan segala kesilapan dan kesalahan kami sepanjang bersama kak Nurul.

rebung restaurant

lunch at rebung

Restoran Rebung Chef Ismail ni dah kali ketiga makan tengahari di sini. Kebetulan hari tu, Chef Ismail tengah shooting. sangat simple orangnya, hanya berkain pelikat saja masa shooting. Dan hari yang sama, turut ada Sofea Jane. Tapi tak sempat nak berselfie dengan dia. Sangat cantik, putih dan kurus.

 

pencen muda

Kalau dipanggil untuk bertukar di Kelantan, terpaksa aku pilih balik Kelantan. Kalau dipanggil untuk pergi ‘posting’ dulu, akan aku ambil peluang dan pengalaman berkhidmat di luar negara dulu. Masih menanti tawaran yang mana satu datang dahulu. Rezeki ada di mana-mana.

Nanti, aku balas jejak korang. Sekarang nak pergi ke Putrajaya nak makan durian. ada pesta durian. Buah durian adalah buah kegemaran aku.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

12 Replies to “Majlis Perpisahan dan Pencen Awal”

  1. puteri doakan agar tercapai impian sis untuk berkhidmat di luar negara.

    p/s buah durian adalah buah kegemaran puteri juga….hehe 🙂
    puteri kasih recently posted…Resipi CupcakeMy Profile

  2. Insya Allah, dapat peluang posting di luar negara. Mesti bertambah seronok membaca blog Ema berkaitan pengalaman di negara orang.

    Oh, samalah kita! Saya pun minat gak kat durian ni. Tak toleh depan belakang, kiri kanan kalau tengah makan 🙂
    Mummydearie recently posted…Mi rebus resepi orang …My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *