Loading...
EventFamilySpecial Day

Majlis Orang Pencen, Makin Nak Pencen Makin Nampak Muda

Farewell Our Big Bos

Banyak kenangan bersama aku punya Ketua Pengarah. Aku bukan PA, tak jumpa selalu. Tapi semestinya merindui suaranya yang nyaring tu. Hari ini, last day KP punch card. Sedihnya. 7 tahun KP mencurah bakti di sini. Sejak beliau pegang jawatan KP, setiap tahun akan ada Hari Keluarga. Best dan tinggal kenangan. Semakin muda pula aku tengok KP aku ni walaupun dah nak pencen.

 


 

Tema Pakaian Hindi Di Majlis Berpencen

Memang aku punya KP ni seorang yang meminati lagu hindi. Lalu depan bilik dia, mesti dengar lagu-lagu hindi yang dipasang. Sampaikan hari farewell dia pun, dia nak kan tema hindi. Staf yang sporting, dapat juga ikut tema walaupun di saat akhir.

 

 

 

Aku tak sempat nak bergambar ramai-ramai bersama KP. Dapat bergambar berdua dengan KP pun dah happy. Boleh aku simpan kat blog, dan jadikan kenangan kat sini.

 

 

Thanks pada my colleague yang bagi pinjam baju ikut tema. Sanggup datang walaupun masih dalam keadaan mc. Tunggu baju ini sampailah, aku tak sempat nak bergambar rama-ramai.

 

 

 

 

Happy Retirement Dato’. Semoga ceria-ceria selalu dan sentiasa kelihatan awet muda. Sudah tentunya kami semua merindui Dato’ dan belanja nasi setiap kali ada HOD…eh, duit raya setiap tahun pun. Selamat bermain dengan cucu yer Dato’.

 

About emarieys

Ema has written 1216 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

2 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE