Majlis Kenduri Kaum Kerabat Artis

jumaat malam lepas aku ditugaskan sebagai usherette tetamu-tetamu VVIP
satu majlis kenduri kahwin anak bekas ketua pengarah opis aku
majlis berlangsung di Dewan Merak Kayangan Felda, Jalan Gurney, Kuala Lumpur
kali kedua aku datang sini
first pun disebabkan majlis kenduri kahwin anak bekas ketua pengarah yang kedua
yang ni bekas ketua pengarah yang keempat sejak aku kerja kat opis sekaranglah
bekas ketua pengarah pun selalu silih berganti
yealah, semuanya tukar sebab pergi posting ke luar negarawalaupun dah pernah datang
aku tetap juga sesat…dua kali keluar jalan yang sama
mujur ada tempat nak berhentikan kereta
nak tengok map kat kad kahwin

cuba tengok sisi muka pengantin perempuan tu…ada iras-iras sape?

walaupun yang datang bergelaran Tan Sri- Tan Sri, Puan Sri-Puan Sri, Dato’-Dato’ mahupun Datin-Datin. tiada protokol. santai dan selesa saja. tapi tetap ada juga zon-zon untuk mereka duduk.

makanannya pun sedap-sedap tapi dapat jamu sikit saja.



inilah bapa pengantin perempuannya (sebelah aku).

masa khatijah ibrahim ni menyanyi…aku dah bersiap mahu balik..BIG BOS kat rumah dah bising sebab dah agak lewat..

kaum kerabat diaorang bukan saja berlakon malah menyanyi pun best tau.

power-power suara diaorang

Shaheizy Sam, Zizie Ezzete, Ed Samad tu adik beradik bekas KP aku inilah

korang agak-agak aku dapat jumpa shaheizy sam tak?

kalau nak tahu..tunggulah entry akan datang erkh.

hehehehe..yang pasti hati aku riang gembira.


About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

One thought on “Majlis Kenduri Kaum Kerabat Artis

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge