Majlis Kenduri Saudara Terdekat.

Masa pergi rumah abah aku raya kedua hari tue abah ada bagitahu yang adiknya nak kawin. aku pergi raya rumah abah ku raya kedua coz raya pertama aku dah beraya kat atas jalan raya. tahun ni aku beraya di KL dan selepas semayang raya terus gerak balik Kelantan. sudah sampai lewat petang tak sempat nak beraya dulu rumah abah. terus jea balik rumah my mom. rumah abah dan rumah mom aku lain-lain tempat tapi masih lagi daerah yang sama. abah dan mom aku dah lama terpisah dan masing2 dah mempunyai keluarga sendiri. jodoh tak panjang antara diaorang.

Balik cerita yang asalnya. adik bongsu abah aku kawin dengan orang kelantan. adik2 abah aku tinggal di terengganu dan kluang, johor. hanya abah ku sorang yang tersadai di sini. adiknya ni aku panggil ayah su ashaari. dia nie adik beradik dengan abahku tetapi lain ibu. itu yang jadi ramai sungguh adik beradik belah abah nie. tapi kitaorang tak berapa rapat sangat sebelah terengganu yang rapat sebelah kluang saja. itu pun dah lama aku tak pergi ke sana. marah orang sana tau. kelam kabut juga nak pergi kenduri ayah su aku ni. yealah dengan tidak ada kad kawin aku main terjah jea. siap tanya orang dan nasib baik tempatnya senang nak cari.

ibu muda setahun jagung bagi susu kat anaknya. pandai ke tak nie? ini adalah adik bongsuku. dah kawin pasal tue dah ada anak. kisah-kisah yang lalu kita lupakan yea. hari yang baik kita maafkan segala.

nasib aqeel bergambar dalam keadaan ceria. tiada dalam keadaan berteriak saja. mungkin disebabkan kaler bajunya oren itu yang buat dia hepi dan bersahaja. handsome rupanya anak mama nie yea…huaawaaa puji anak sendiri… apa aku kisah….

yang nie mak ngah aku. dia dok kat kb. kitaorang bagi gelaran kat dia datin ngah. tengok pada pakaian dia yang vogue tue pun dah tahu caranya. apalah yang dimuncungkan itu pun aku tak tahu.

ini rombongan kawin atau rombongan pergi beraya. tak kisahlah belalang janji kawin dan beraya sebab memang dalam mood raya lagikan. pengantinnya yang dok depan pakai baju kaler hijau tu. ini semua saudara aku dari terengganu. ada jugak jiran2 saudara aku ni. tapi yang pasti aku kenallah bapak2 dan mak2 saudara aku, tapi kat sinilah baru aku kenal mak tiri abah dan nenek tiri aku namanya gitu kot.

menjadi photographer kejap aku kat sini coz aku tengok tak ada pun orang yang ambil gambar pakai kamera besar macam aku bawa ni. tapi tak adalah pulak aku ambil sehingga habis majlis. setakat rombongan menuju ke rumah pengantin perempuan saja.

yang pakai baju purple ni pakcik yang sebaya dengan aku. dulu time2 kecik aku panggil jea kamarul. sekarang kenalah hormatkan sebab dia nie pangkat pak cik. so aku kena panggil ayah chiklah. sampai loni tak kawin2. tak tahulah dia tunggu sape yang nak masuk pinang dia. coz dia perasan dia nie anuar zain gitu.

cantik sungguh pemandangan bendang kat belakang sana. tapi kalau mata terus lihat kat jejaka dua nie terus berpinar2 mata. terang benderang jadinya.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *