tambah LEMAK (Part 1) – Open Office at KLN

Majlis jamuan raya nun di Putrajaya…selepas buat entry bisu pagi tadi…. sekarang baru nak buat entry pasal malam tadi…tengahari tak sempat kerana sibuk pergi ke majlis tambah LEMAK anjuran PERWAKILAN….nanti saya akan buat entrinya sebab selain makan-makan tu ada benda lain yang dibuat..

Majlis Jamuan Raya Ibu Pejabat

malam tadi saya pergi majlis jamuan raya a.k.a rumah terbuka kat KLN di Putrajaya ni…kiranya salah seorang wakil dari bahagian tempat kerja..yang lain tak berkesempatan nak pergi pun…khabarnya ada artis Ana Raffali dan Salleh Yaacob..tapi yang datang hanya Ana saja…itupun saya tak tengok persembahan dia..

sampai saja kat sana..terus beratur ambil makanan..sebab dah ramai sangat orang tengah beraturnya…. maklumlah kita ni datang dari jauh….dari KL lah katakan… khabarnya FM bagi duit raya kat budak-budak RM 50 seorang…kami segan nak jumpa FM, so tak dapatlah duit rayanya…. yealah, awal-awal lagi FM dah bagi…

tak dapat duit raya pun tak apalah..janji dapat makan kan

majlis jamuan raya

kejap duk sana…kejap duk sini..merata-rata tempat makannya

masing-masing menjamu berselerak…janji makan masuk dalam perut…

majlis raya di putrajaya

muka budak yang sudah kekenyangan

aqeel yang comot
comot!!!

kakak di majlis jamuan raya

aqeel nak turun ke kolam kat belakang

jamuan raya putrajaya

tak sah kalau tak letak sekeping..ngeh3x..

serba kuning tema baju raya

selepas perut dah rasa kenyang dengan isian sate daging dan ayam, nasi minyak, roti jala, abc, char kue tiaw, roti tempayan dan air…apalagi chow chin chowlah…..senarai makanan ni dimakan oleh kami sekeluarga bukan saya belasah seorang…. mula-mula masuk dah bau durian tapi awal-awal lagi dah habis..

bertambah LEMAK lah…balik-balik terus tidur.

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge