tak habis-habis lagi nak cerita pasal kakak di Majlis Akhir Tahun 2011 punya
jangan muntah tengok entry yang ini
entry yang ni entry gambar yang bercerita
hari sabtu di sekolah buat Majlis Akhir Tahun
hari Ahad di Dewan Pusat Komuniti, Bandar Tun Razak ada Majlis Hari Graduan untuk tabika seluruh daerah cheras….tabika ke tadika?
ada dua sessi..sessi pagi dan petang
kakak punya sessi pagi
Persembahan
elok-elok sampai..kakak dah nak mula tarian
nyaris nak terlepas
tak mahu lepaskan kenangan ini
tempat duduk pun penuh
kat tengah-tengah ema berdiri rakan video
videonya ada kat bawah sekali
nasib baik dapat juga buat rakaman tu
sebelum datangnya rela halau dari berdiri kat tengah-tengah
walaupun rakamannya tak berapa elok
sebab ramai yang berdiri kat tengah-tengah
lepas makan salin baju sekolah pula
tapi kena tunggu agak lama
setiap 3 persembahan
diiringi pemberian sijil
kakak kena tunggu 9 persembahan
barulah turn sekolahnya nak terima sijil
kat depan tulah..anak mak yang make-up kan kakak…anaknya siap pakai bulu mata palsu lagi…
tak sabar nak tengok kakak punya persembahan
amboi…sakan ko dik…
dengan kakak taklah sampai begitu sekali
oh, my sweet heart
tetiba kakak menangis
tak tahu sebab apa…tapi masa tu tengah persembahan lagu nasyid pondok kecil
syahdu sangat
ini aksi terima scroll kosong saja
“mama, kakak dapat hadiah ke?”
“taklah, semalam kan dah dapat”
time kita..habis diploma baru merasa
makan lagiii…