Selesai sudah Majlis Graduasi Tahun 6 dan Anugerah Kecemerlangan. Walaupun result UPSR belum keluar, anak-anak dah diraikan terlebih dulu. Hanya ada 5 hari lagi  hari sekolah..Selepas itu dah mula cuti panjang. Kemain happy semua dengan pakaian jubah dan topi segala. Beruntung anak sekarang, di sekolah rendah dah merasa seperti majlis konvokesyen.

Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan

Ada dua sesi. Sesi pertama untuk Majlis Graduasi tadika dan murid tahun 6, sesi kedua untuk pelajar-pelajar cemerlang matapelajaran, cemerlang kesukanan, kehadiran sekolah penuh. Kakak Azwa terlibat untuk sesi pagi saja. Selesai majlis, boleh terus balik. Walaupun majlisnya siang hari, ramai ibu bapa yang hadir meraikan anak masing-masing.

Bersama kawan baiknya dan guru kelas tahun 6

 

Debaran untuk mengetahui keputusan UPSR hari khamis 22 November semakin terasa. Bila tanya kakak Azwa “Berapa A agak-agak kakak akan dapat?” Jawabnya “tak yakin pun dapat 6A, dalam 5A atau 4A”. Apapun keputusan yang bakal diterima nanti, mama redha.. Mengharapkan kejayaan kakak yang hanya belajar di sekolah sahaja, sama sekali pun tidak hantar ke tuisyen berbayar.

 

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

2 Replies to “Majlis Graduasi Tahun 6 Dan Anugerah Kecemerlangan SKDP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *