Loading...
Azwa

yea, kakak dah graduate untuk 4 tahun….

Majlis Graduasi Tadika. horeyy…kakak dah habis belajar. bestnya kakak dapat cuti panjang. tapi cuti dok kat rumah je. mama dan ayah kerja….berbaris ikut susunan abjad. kakak no. 3 di depan sebabnya nama kakak bermula huruf A.

Jubah Graduasi

siap pakai jubah dan topi lagi. jubah dia dah sedang-sedang elok tapi topi asyik tanggal. ia punya saiz kepala tu besar sangat atau kepala kakak yang besar sangat. nasib baik tak jatuh time terima sijil.

mama budak tengah betulkan topi kakak. pasangkan pin pun tak mahu lekat topi.

pastu beratur panjang kat luar pula. tunggu giliran nama masing-masing dipanggil mc.

masing-masing dah serabai dan kepenatan. yealah, dari jam 6.00 petang lagi dah ready.sekarang dah malam. ramai mak bapak yang merungut. kalau tahu merungut tapi tidak tahu menolong pun tak ada gunanyakan. kenalah bersabar sikit.oppss, emosi sikit.

bila mc panggil nama ‘Azwa Safriena Binti Mohd Hairi’, teruslah kakak masuk dan jalan ke stage. sambil dia jalan tu mc cakap ‘alahai cantiknya anak ni, anak siapa yang cute ni. boleh jadi model ni’ mama dia senyum dan bangga la. tapi yang menggelikan hati aku, kakak tak menuju ke stage untuk ambil sijil. dia pergi ke tempat yang di letakkan hadiah banyak2. hehehe… terus mc tue cakap…dik, naik ke pentas dik… alahai kakak. mama pula yang tersipu-sipu malu….

tahniah mama dan ayah ucapkan untuk kakak. ayah dah janji nak bawak kakak dan adik pergi makan angin. INSYAALLAH…

 

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge