Lunch hari ini RM 6.80 tapi bayar RM 5.60

As Salam

Maaf…gambar agak blur sebab pakai hp nokia yang tunggu masa nak kong

Nasi makan tengahari : Sayuran, Ikan Masak Kicap dan Daging Lada Hitam beserta nasi penuh dan teh O ais sebungkus

Rezeki Potong Harga

Alhamdulillah, dah tersurat ini rezeki ema untuk makan tengahari bayar dengan harga murah. Asalnya harga tercatit RM 6.80 akhirnya dibayar RM 5.60 gara-gara menunggu air teh O ais siap dibungkus.

Tak rasa pun tunggu lama, sebab seronok tengok orang beratur panjang ambil nasi… bila akak seorang tanya air dah dapat ke belum…ema cakaplah belum…sambil berdiri di depan akak yang letak nasi atas pinggan orang yang tengah beratur tu..

Dan bila akak yang tanya air tu datang dengan membawa sebungkus teh O ais, si akak tu minta dengan ema kertas yang telah dicatit harganya..akak tu cakap mari akak potong lagi dik harga…baru padan muka diaorang..lama sangat nak siapkan.

Jadi siapa yang untungnya..mestilah ema kan…pastu yang mengira harga nasi sebelum ini pun selalu bagi murah kat ema….time datang dengan kawan-kawan makan kat sana..orang lain makan boleh cecah lebih RM 10…ema tak pernah cecah RM 10 pun..

Orang yang ambil order yang potong
Orang yang membeli yang untung
Tuan kedai yang kena tanggung

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge