Perkembangan setengah tahun

As Salam Semua

baru berkesempatan mengupdate blog hari ini… pagi tadi ada hari terbuka kat sekolah tadika perpaduan… jumpa face to face dengan cikgu sekolah… dengan keadaan yang diserang demam.. demi anak ku hadiri jua.. malah datang juga ke opis ini…

banyak kerja perlu disetelkan… perkembangan kakak kat sekolah okey… dari tahun lepas dah boleh membaca dan menulis..malah mengira… tahun ini kakak mewarna dan melukis ada peningkatan…cuma….

cuma…. kakak terasa seperti dipinggirkan… satu hari kakak melukis orang lidi empat orang dan tunjuk pada cikgunya…. cikgunya tanya siapakah yang dia lukiskan…. dia cakaplah yang itu mama, ayah, adik dan kakak…. tapi lukisan yang kakak lukis itu, menunjukkan kakak duduk di belakang… cikgu tanya kenapa kakak duduk kat belakang?… tak apalah..sebab kakak ini kakak….. jawab si kakak…

lepas cikgu cakap gitu…terus menusuk hati ku…tak ku sangka kakak boleh pendam perasaan seperti ini… kakak terasa seperti kami tidak pedulikannya….. seperti kami lebihkan adiknya lagi… “kakak, ketahuilah sayang..kasih sayang mama dan ayah terhadap kamu tidak berbelah bahagi”..

di sekolah kakak selalu minta cikgunya beri perhatian yang lebih dari kawan-kawannya..bila cikgu melayan kawannya..kakak seperti memberontak… sedaya upaya kakak minta cikgunya melayan dia….

apa yang harus mama buat? apa yang kakak nak..mama bagi.. cuma kena tengok pada keadaan… kakak, kamu masih kecil untuk fahami…tapi umur seperti kamulah yang harus mama didik sebaik-baiknya…. dengarlah sayang….

bila mama plan nak buat besday kakak kat sekolah….kakak hepi sangat…kakak tak sabar hitung hari demi hari….INSYAALLAH kakak…apa yang mama dan ayah plankan ini…akan tertunai… jelas kelihatan kakak sangat gembira…..

About emarieys

Ema has written 1258 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge