pergi hanya beberapa jam..tapi entri nak habiskan makan berhari-hari. lepas kolam kesihatan, aku nak kongsi pasal pool side untuk dewasa dan kanak-kanak malah dua-dua pun boleh mandi

elok sampai sana, anak-anak lari serbu ke kolam depan tempat lepak yang kitaorang chop tu. boleh biarkan mereka mandi bersendirian cuma kena pesan jangan pergi ke tengah kolam lagipun ada guard yang selalu tiup wisel bila ada orang lepasi ke tengah sana tu.

suka sangatlah aqeel dan azwa dapat mandi berjam-jam lamanya..minum susu pun tidak

baju mandi pinjam dari sepupu azwa..itu pasal nampak kesendatannya

mandi jer..bukan minum tau..

walaupun dibiarkan mereka bersuka ria mandi..tetap berwaspada dan berjaga

Harga sewa pelampung

sewa pelampung besar gabak tu RM 25 satu.. bila dipulangkan dapat balik RM 10..aku tak sewa pun…pinjam dengan orang sebelah tempat lepak..orang dari kelantan juga..sama daerah pula….pastu mulalah keluar loghat kelantannya..cina kat sebelah dengar pun macam blur…

rehat sambil hilangkan stress…

ini paling budak-budak suka mandi..sebab ada gelongsor. mak bapak budak pun suka juga.

budak-budak dan mak bapak budak jakun menunggu tong air kat atas terbalik. di mana aku?

mengalahkan budak-budak..budak-budak diam saja kat atas riba

atas turtle pun jadi

ekceli, ada banyak jenis kolam lagi yang ada…yang pusing bulat sambil duduk dalam pelampung besar dan ditolak dengan air tapi tak best sebab air itu tak berkuasa untuk tolak pelampung pun..kena tolak sendiri..lagipun airnya tak dalam setakat paras paha saja.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *