Lost World of Tambun : Apa yang ada kat dalam sana

Lost World ini dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. memandangkan kami semua dah tak sabar-sabar nak mandi, jam 11.00 kami dah sampai dan cepat-cepat beli tiket. kami berjimba di sana sehingga Lost World nak tutup (baru rasa puas hati dengan harga tiket) .

Nak masuk kat dalam sana tak boleh bawa bekalan kecuali air mineral. adatlah, kalau tempat tumpuan seperti ini. tapi kami semua berjaya seludup juga sedikit bekalan untuk dibawa masuk (bawa sikit seorang). itupun bekalan tak cukup, kena beli kat situ juga. tak payah nak cakaplah harganya memang mahal pun. korang bayangkan 4 keping pisang goreng cecah RM 2.

Bila sampai awal, tempat untuk lepak pun kosong. time ini kitaorang chop sampaikan dua meja lagi.hahaha…memang tamak haloba kamu semua…

Sebelum tengok aksi-aksi kami semua mandi. mari kita ronda-ronda apa yang istimewa sangat kat dalam Lost World ini.

ada gua

itu tiger. semua orang tahukan

spesis kucing hutan. dilarang ketuk cermin tapi masih ada yang ketuk juga. tak faham bahasa agaknya.

ada tiger show mula jam 3.00 ptg – 5.00 ptg (tak tengok pun..seronok mandi lagi)

ada kuda yang pandai tengok kamera…hahaha

malas berjalan boleh naik train ini. free saja..kalau bayar aku pun tak nak naik.

ada lagi tau..tapi tunggu next entry yer.

About emarieys

Ema has written 1257 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

emarieys

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

View all posts by emarieys →

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge