Loading...
Restoran

Longhorn Steakhouse Lembu Panjang Tanduk

Longhorn Steakhouse.

Mamaema sesiap translate kan apa maksud ‘longhorn’ ni. Maksudnya lembu panjang tanduk. Patutlah masuk restoran ni, tergantung kepala lembu tanduk panjang kat dinding. Eh, lembu panjang tanduk atau lembu tanduk panjang ni. Konpius. Tak boleh percaya sangat google translate ni, terbalik habis maksudnya.

 

 

Dah terang restoran steak, makan steaklah. Nak dapatkan harga murah, print voucher diskaun kat website. Side dish boleh pilih-pilih, sama ada nak dengan kentang goreng ke, kentang putar ke, sayur ke, macaroni ke..harga sama. Ini member sebelah punya.

 

 

Mamaema pilih dengan kentang putar dan sayur. Sampai kat meja, mamaema hiris daging tengok masih merah. Lupa nak bagitahu nak masak penuh. sekali sampai yang medium. Tak boleh nak telanlah. Minta masak sepenuhnya.

 

Sebelum makan steak, ada makanan lain yang diorder. Yang ni sedap, tapi dah lupa apa menunya. Bos baru yang oder dulu.

 

 

Datang ke Longhorn Steakhouse ni untuk meraikan mamaema punya pegawai yang kembali bertugas di tempat kerja hakiki. Berkhidmat selama 2 tahun secara kontrak. Sekejap sangat masa berlalu.

 

Bersilih ganti pegawai yang berkhidmat. Yang lama balik, yang baru pula datang.

 

Depan Longhorn Steakhouse pun jadilah kan. Pemberian cenderahati dari team sekretariat. Mulai sekarang semua pegawai di bahagian tempat kerja mamaema adalah orang baru.

 

Tahniah tuan.

Cawangan Longhorn Steakhouse yang mamaema pergi dekat dalam bangunan Quill City Mall. Kat sini tidak ramai orang pun, kedai banyak belum operasi. Kebetulan bertugas di Sheraton Imperial Hotel seberang jalannya Quill City Mall, terus plan meraikan pegawai kat sini.

 

 

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

10 comments
Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge