Assalamualaikum. Selepas dua minggu tinggal di asrama “mama, kakak dah seronok tinggal sini”. Syukur  sangat aku, kakak tak ada homesick berpanjangan. Masa awal-awal dulu, telefon jer nangis..

Terima surat tawaran kakak masuk ke sekolah asrama pun last minute, itupun terpaksa minta tempoh dua tiga hari untuk urusan sekolah dan sediakan barang-barang keperluan asrama. Dalam masa dua hari selesai semua sebelum bergerak ke Kelantan untuk daftar.

Senarai Barang-Barang Keperluan Asrama

So, aku nak  share senarai barang-barang  keperluan asrama yang akan dibeli dan ada yang bawa dari rumah sahaja. Disebabkan anak perempuan, lebih banyak kepada keperluan anak perempuan. Anak lelaki pun boleh ambil contoh beberapa benda dalam list di bawah. Korang nak, just print dan tanda apa yang perlu dan tidak perlu.

Klik Image untuk tumbesaran

Di sekolah kakak, dapat satu loker yang agak besar dan tinggi. So, banyak ruang untuk letak barang. Segala buku, makanan kering dan pakaian diletakkan di dalam loker.  Memandangkan loker kakak pernah diguna oleh student sebelum ini, banyak kemudahan dah ada seperti penyakut dan alas kertas.

checklist barang asrama
belum siap kemas.
Barang Yang Perlu DiBeli Di Sekolah

Untuk pakaian harian sekolah seperti baju putih, kain biru dan tudung putih boleh dibeli di mana-mana kedai pakaian. Macam sekolah kakak, kena ada kain putih dan kain hitam untuk dipakai semasa aktiviti koko dan Pendidikan Jasmani serta pakaian untuk student yang tinggal di asrama. Satu minggu, hanya 2 kali pakai baju sekolah.

Checklist Masuk Asrama 1

Dan barang yang wajib dibeli di sekolah seperti buku tulis, lencana, cadar, selimut, sarung bantal, baju koko, baju asrama dan baju sukan.

Memang belanja akan lebih pada bulan anak nak masuk asrama. Better buat pilihan bijak. Beli barang yang perlu dulu.

About emarieys

Ema has written 1335 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, and review.

4 Replies to “List Barang Keperluan Asrama”

  1. alahai.. tengok asrama anak ema.Teringat masa zaman belajar dulu.2 tin biskut standby untuk permulaan.Maggi apatah lagi,dah macam kedai runcit masa tu loker ina.Duit saku,anak ema memang kena jaga tu.. kunci loker memang kena simpan rapi.Kang ada yang tangan panjang nanti.

  2. saya vekas warden ..tgknpelajar bawa brg hadoi mcm bawa rumah…yang penting cara pakaging tu pun kene ambik kira kesian family ulang alik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *