Kena tag The Liebster Award, sekali imbas baca ingatkan ‘lobster award’. hati berbunga-bunga ingatkan nak dapat lobster dah. Terima tag dari mummydearie dah lama. tapi makan masa nak jawab tag. lainlah kalau jawab telefon. bunyi sekali terus angkat. sorry MD, lambat jawab tag The Liebster Award.
Tak tahu nak mula dari mana, ema terus saja jawab soalan cepumas MD yer.
(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
Entri tak pernah sejengkal dua, mesti tulis macam karangan. siap ada paragraph bagai. walaupun dah macam karangan tingkatan 5, tapi seronok nak baca hingga jumpa noktah terakhir.
(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
Oh, inilah tuannya.
(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
Sudah semestinya jumpa MD sebab tak pernah terpampang pun gambar MD dalam blog. kalau dah jumpa MD mesti datang dengan anak-anak sekali.
(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
Seorang yang tinggi macam galah.
(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
Hilang anak dalam shopping complex kat Mines.
(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
Time couple nak kentut pun tahan, dah bersuami selamba lepas angin. tahu-tahu jer tiba-tiba ada bau semerbak harum kasturi…hahahaha. suami tegur.. jangan gelak. tak baik.
(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?
Seronok sebab seronoklah. Seronok nak baca sebab dalam tengah-tengah entri pasti ada jokenya.
(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
Bekerja. Duduk rumah cepat bosan.
(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
Tak jauh pun. Naik flight pergi Tawau nak pergi ke Pulau Mabul. Nak honeymoon lagi.
(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
Pergi matilah.
(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..)
Kalau jumpa mesti orangnya diam, malu-malu kucing. selalunya dalam penulisan nampak macam peramah tapi realiti orangnya pendiam. Kalau dah mula kenal dah jumpa, sah memang kelakarlah orangnya. Betul tak.
Macam mana MD, diterima tak jawapan ini. Satu soalan nak tanya, maksud Liebster ni apa?
Thanks Ema sebab join juga akhirnya 🙂
Hahaha, betullah tu semua! Saya ni kalau sekali tengok nampak sombong. Baru jumpa lidah kelu tapi bila dah berborak, mahu teman nak nangis nanti saya tak reti berhenti buat joke 🙂
Liebster tu kalau tak silap German word maksud macam loved, beloved, kind gitulah kot …
Mummydearie recently posted…Kisah makan …
Walaupun saya tak pernah megenali MD, tapi saya rasa menarik Award ni…
Anuar recently posted…Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 (Online)
best pulak award ni, kita boleh mengenali rakan maya dengan lebih dekat lagi 🙂
Ann Ishak recently posted…Pencarian steak
tak berapa faham. ni award menda eh?
titan recently posted…Final Piala Thomas 2014, Duit Blogging dan Hari Kahwin.
Singgah petang di sini sambil klik lactacyd untuk Ema..
Rdz z recently posted…Terima Kasih Nuffnang
Ni kiranya lebih kurang soal selidik gak ni..hehe..ya…ramai perempuan yang macam jawapan soalan 6..hahahaha..hahaha
Hafizul recently posted…Jangan Menaruh Harapan
kak ema mmg tinggi.. kurus pulak tu..
jeles! cemane nak kurus dan tinggi?? hewhewhew..
ietams recently posted…Bento Simple
byk yang cerita versi kentut tu kan
kahkahkah sama gak ngan aku
ooo ko tinggi cam galah ye
dulu kat sekolah mesti terror lompat tinggi kan
elly recently posted…teka teki teka tekuk
selamat bersegmen ema, mesti berderau darah time anak
hilang tu ye ema
ajumohit recently posted…Ayah lelaki terhebat di dunia | Al Fatihah