Loading...
Perkhidmatan

Layan Diri Dobi 24 Jam Mudahkan Kerja Mak-Mak Yang Busy

KW Dobi 24 Hours di Desa Petaling tempat paling dekat dengan rumah selain di pekan Sungai Besi.  Dobi 24 Jam tempat mencuci pakaian layan diri. sendiri cuci sendiri yang tunggu. Bukan atas sebab catuan air sampai hantar pakaian ke kedai dobi.

 

dobi kw

Dobi 24 jam Mudahkan Kerja

Balik dari kampung bercuti panjang. Mesin 6KG di rumah tak ada kuasa nak membasuh berbakul-bakul pakaian kotor. Tapi dobi 24 jam adalah cara paling senang nak mencuci. sediakan saja duit syiling 50 sen, sabun dan pewangi.

dobi 24 jam

Pilihan mesin samaada 8KG atau 14KG ikut suka hati. Kalau dah berbakul terus pakai mesin 14KG. Masukkan duit syiling, sabun dan pewangi. Tutup pintu mesin dan tekan butang start. Kalau error, butang start tak akan berfungsi. Tunggulah sampai siap mencuci lebih kurang 20 minit. satu mesin ada RM 5.00 ada RM 6.50 tau bukan 50 sen. cuma, mesin hanya menerima duit 50 sen saja.

servis dobi kw

Dah namanya layan diri tak ada siapa yang akan tolong keluarkan baju-baju korang kalau dah siap tau. Kalau korang tak tunggu sampai siap entah-entah kena maki dengan orang yang tunggu turn. Oh ya, ada mesin tukar duit syiling juga. Anak-anak aku paling suka. Pantang ada duit kertas dalam beg, senyap-senyap dia pergi masukkan dalam mesin. tahu bila dengar bunyi ‘ting’ duit syiling keluar. hanginn aku.

 

mesin basuh 14 kg

Walaupun di mesin ada garisan merah tanda aras kadang-kadang selagi boleh sumbat aku sumbat juga. sayang baju tinggal beberapa helai, nak guna mesin lain..kena tambah duit lagi.

 

mesin basuh 8 kg

Mesin Basuh dan Pengering

Mesin 8KG hanya perlu masukkan duit syiling sebab sabun dan pewangi dah tersedia. Dulu, kena bawa sendiri tapi sekarang dia dah tampal bahagian letak sabun dan pewangi. Mungkin ada masyarakat ganas sangat, cepat rosak. Bila mesin dah berjalan jangan suka hati nak buka pula. kan dengan korang-korang masuk sekali.

 

mesin pengering

Mesin basuh kat sini macam mesin basuh kat rumah juga. Bukan cuci terus kering mesti lembab-lembab. Kalau nak kering terus, keluarkan dari mesin basuh masukkan ke mesin pengering. Kena masukkan duit lagi. Satu mesin RM 5.00 bagi suhu biasa. Nak suhu high, tambah lagi duit.  Boleh buka mesin pengering masa dia berfungsi. Sesetengah baju cepat kering, bolehlah keluarkan. Kalau baju warna hitam agak susah nak kering keseluruhan.

Kalau rajin, terus lipat kat sana. Balik rumah terus masuk dalam almari. Pertama kali masuk dobi layan diri, aku sendiri tak pandai pun.

About emarieys

Ema has written 1238 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

27 comments
  1. sal ya

    Kat sini pun ada jgk tp blm pernah cuba. Biasa kalau blk kg, bsh kat kg tgglkan yg pakai mlm tu je utk bwk blk. Haha…

  2. Mummydearie

    Belum pernah cuba lagi ni, Ema. Mood rajin masih ada lagi. Nantilah bila mood merundum, nak juga cuba sesekali. Best ni sekali basuh, sumbat ajelah selagi boleh.

    P.S. Ema, saya dah emailkan alamat dua hari lepas kot. Dapat tak?
    Mummydearie recently posted…Abang oh Adik!My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge