Azwa Sekolah

Lawatan ke kidszania @ the curve – belajar bekerja dan belanja

Lawatan ke Kidzania dari sekolah tadika.Hari khamis minggu lepas (28 Jun 2012) sekali lagi mengikut rombongan sekolah azwa ke Kidzania @ the curve.

Kelebihan datang ke sini adalah anak-anak dapat belajar tentang apa orang dewasa buat.

Kalau kerja dapat duit…kalau belanja perlu keluarkan duit

Lihatlah harga tiket untuk masuk ke sana..bertuah bila pergi bersama lawatan sekolah kerana tiket anak akan ditanggung oleh pihak sekolah.

kidzania

Rombongan kami sampai seawal 9.00 pagi dengan menaiki bas dan paling ramai ibu bapa yang ikut sama…sebelum masuk perlu dipasangkan gelang scan..seorang kawan azwa terpaksa balik ke rumah sebab diserang asma…keluarganya datang ambil.

lawatan kidzania

Sekarang sudah mahu berlepas dengan menaki Air Asia yer..gitulah rupanya..kaunter tiket pun tertulis Air Asia tau…nak masuk kena scan gelang yang dipasang dekat kaunter imigresen.

kidzania

Diberikan cek seorang satu dan perlu tukarkan cek kepada wang tunai

kidzania

Cek sebanyak Kidszania 50.00

kidzania

Cek perlu ditunaikan di kaunter bank CIMB BANK

Perlu beratur mengikut giliran. pihak bank akan tanya mahu tukar dengan cash atau debit card. tapi pihak bank cadangkan agar pegang cash sebab takut card akan tercicir…maklumlah diaorang ni masih kecil…kalau tercicir makanya tak boleh nak berbelanja.

Ekceli, cash yang diaorang pegang dah banyak sebab diaorang dah bekerja dulu baru diaorang pergi tukar cek sebelum ini…sebab orang terlalu ramai beratur dalam CIMB BANK.

Diaorang semua dibahagikan kepada beberapa group kecil..dan salah satunya ema yang akan kawal group kecil tersebut.. pastu diaorang akan berpecah mengikut group yang dibahagi..

Disebabkan time tu, ramai sangat orang dari sekolah-sekolah lain, banyak tempat untuk buat kerja kena tunggu lama…akhirnya kerja pertama yang diaorang lakukan adalah menjadi penghantar surat pos laju

aktiviti kidzania
Azwa dan kawannya perlu hantar surat di tiga tempat manakala 3 lagi rakannya perlu mengambil surat…antara tiga tempat yang perlu dihantar seperti NSTP, Canon Lab dan TNB

Sangat konpius dengan Canon Lab dengan Canon Services…walaupun dibagi peta..tapi diaorang belum tahu apa-apa… adalah yang membantu diaorang bagitahu mana tempatnya.

Tempat penghantaran surat terakhir adalah TNB..perlu tunggu lama sikit sebab tak ada orang..diaorang bekerja..so diaorang dapatlah gajinya…tapi dah lupa berapa gajinya..

Tengah sibuk cari tempat, ada persembahan dari kidzania team..persembahan selamat datang…
okey, menarik juga..

Lepas tu diaorang nak jadi polis tapi apakan daya perlu kena tunggu lama..so, tak nak buang masa..pergi ke tempat kerja Mahkahamah…tapi terpaksa juga ditolak, sebab diaorang perlu membaca dalam bahasa inggeris dan berumur 6 tahun…dalam group ema jaga, hanya azwa yang umur 6 tahun..yang lain umur 5 dan 4 tahun saja..

Dalam ini ada dua tingkat tau…tingkat atas banyak kerja untuk kanak-kanak umur 4 hingga 6 tahun…kerja kedua yang diaorang buat adalah menjadi penari di dalam sebuah kapal…tapi tak ambil pun gambar…huhuhu…

Banyak sangat kerja yang tak boleh nak buat..pastu pergi tengok teater dari budak-budak sekolah yang melawat juga…

Diaorang juga membuat kerja sebagai pramugari dan pilot di dalam fligth Air Asia

Tapi tak boleh nak ambil gambar dari luar pun..sebab ke dalam sangat..dan orang dewasa pun tak akan nampak apa yang diaorang buat…lama juga hampir 20 minit.

Azwa minat menjadi doktor, so, tak lepaskan peluang mengambil pengalaman menjadi doktor di Hospital KPJ..bukan main lagi kan..specialist hospital tu… dalam ni ada tiga pekerjaan iaitu doktor bedah, nurseri dan doktor imbasan…so kena pilihlah yang mana satu..

Diaorang sepakat nak jadi doktor bedah..dari segala pamakaian, sarung tangan, sarung muka, sarung kepala…semua diajar dan dipakaikan..

Diaorang diajar mengambil tekanan darah, membelah perut, membuat pembedahan..azwa cakap, dia kutip tompok-tompok hitam dalam paru-paru..ia adalah kesan orang yang hisap rokok..tak pasal-pasal balik dari lawatan mr.ery kena ceramah oleh azwa..hehehe.

Lepas jadi doktor, diaorang nak cuba jadi anggota bomba..sanggup tunggu lama tu..ramai betul yang nak jadi bomba yer..mentang-mentanglah boleh naik lori bomba kan…sampaikan azwa nak buat dua kali..tapi tak terdaya nak tunggulah…

Banyak kali terpaksa tukar helmet..banyak yang tak muat dengan kepala azwa..huhuhu..first diberi dulu penerangannya..apa tugas anggota bomba ni….

Pastu naik lori..nak pergi padamkan api..hotel terbakar… sepatutnya hanya 8 orang diperlukan setiap sessi..tapi turn azwa melebihi 2..sebab dua orang tu rakan dia…so, terpaksalah kongsi pili bomba…

Next job yang dilakukan..pekerja salon kecantikan…

Seorang perlu jadi customer, seorang perlu jadi juru make-up…azwa pilih sebagai jurumake-up.. azwa dah biasa make-up muka sendiri…ada aksi si kawan azwa ssampai muncung bibir bila orang sapukan lipstik…cam nak nangis jer…kelakar.

kidzania

Kerja dengan siaran tv pun ada…tapi tak berkesempatan..ramai sedang menunggu..

kidzania

Ini kerja art…tapi kerja ni perlu keluarkan duit…sebelum ini semua kerja dapat duit… perlu keluarkan duit sebab lukisan yang diwarna dibawa balik…

Kerja di kedai jewellery pun kena keluarkan duit…membuat rantai tangan menggunakan manik..azwa pandai menyusun warna..hanya dua warna saja yang dia gunakan…

kidzania

Yang ni pula cara berbelanja…kalau nak barang perlu tolak duit yang ada….satu barang bersamaan kidszania 50.00 tau…mahal tu….berkesempatan juga membuat tatu lukisan pada lengan…baru semalam azwa tanggal..isssh, mandi pun tak kasi kena air tau…

So, bekerja sudah..berbelanja sudah…banyaklah juga tempat kerja yang tak sempat pergi..seperti kedai burger, pizza, sushi, jurugambar dan lain-lain.

Dari pagi hingga petang (kidszania nak tutup) kitaorang berada di dalam sana… sehingga diumumkan pesawat sudah mahu berlepas..

Untuk pengetahuan u all, kita boleh ambil gambar hanya dari luar sahaja…gambar dari dalam hanya jurugambar dari mereka sahaja…maknanya, kalau nak gambar yang diaorang tangkap perlulah kita bayar..bukan bayar pakai duit kidszania tau..tapi duit yang sebenar tu…

1 Keping = RM 20.00
3 Keping = RM 50.00

So, berhabis RM 100 untuk 6 keping gambar azwa….

Kat sinilah diaorang akan cuci gambarnya… scan gelang dan pilih gambar mana yang u all inginkan..

Selesailah sudah…

Punyalah panjang nak story lawatan si azwa ni…

Terima kasih sudi baca.

About emarieys

Ema has written 1159 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge