Event Rezekiku

Lawan Bowling EOCM, Datang Nak Sokong Semata Tapi Kena Main Habiskan 3 Games Semua

 

Acara tahunan untuk mengeratkan silaturahim dalam group Urban Crewz EOCM. Agak dah lama pun tak bersua antara kami geng isteri-isteri kepada poksu-poksu belaka. Jadi, aktiviti tahun 2018 dimulakan dengan pertandingan bowling di Endah Parade, Sri Petaling. Sebab dah lama tak bersua, aku ikutlah poksu nya yang nak main bowling. Aku tak join pun, sekadar datang untuk menyokong team moksu yang masuk pertandingan.

 

Bermain Dengan Anak-Anak

Sepi sungguh mall Endah Parade sekarang. Lebih-lebih lagi tingkat atas. Kebanyakan semua dah tutup awal. Sebab aku tak join pertandingan, aku nak main bowling dengan anak-anak. Lagipun, anak-anak tak pernah diajak untuk baling bola bowling. Nasib baik masih ada line kosong dan sempat untuk main 1 games. Jadilah, untuk bagi anak-anak happy. Bayaran RM7 seorang.

 

Kusyuk semua tengok ayahnya ajar cara pegang bola

 

Sini Ayra, kamu kecil lagi nak baling.

 

Panjang benar selendang kamu tu kakak.

 

Aqeel siap berjoget depan tu..mentang-mentang dapat jatuhkan pin

 

Ni siapa punya balingan, bola terus masuk longkang.

 

Memang berialah sorang-sorang dapat rasa bermain bowling. Tahap beria si Aqeel terjoget-joget lah depan line bila bola kena pin. Tapi, bila masuk longkang terus pusing belakang. Sambil tunggu geng Urban Crewz sampai semua, sempat juga habiskan games aku dengan anak-anak. Enjoy juga bawa anak-anak sekali sekali bermain bowling. Boleh asah bakat membaling sekali kan.

 

Tak Pandai Main, Kira Nasib Juga

Tak pandai main pun, masuk longkang pun ada.. bola terhempas awal pun ada.. Tengok jerlah jumlah jatuhan pin aku dengan anak-anak tidak jauh bezanya. Kira nasib juga lah kan..hahaha.

 

Jumlah jatuhan pin pun sama dengan anak jer

 

Team moksu yang main tidaklah ramai sepertimana team poksu.  Moksu punya team ada 8 orang saja. Dan ada moksu-moksu yang bermain bawa anak kecil usia baby lagi. Sambil baling, sambil tengok anak-anak. Gitulah tanggungjawab mak-mak ni. Main-main juga, anak-anak tetap dijaga. Yang besar-besar tak apa..pandai-pandai bawa diri masing-masing.

 

 

Jadi Pengganti Sampai Habis Games

Semua pandai main bowling, siap ada yang bawa bola dan kasut sendiri. Aku suka juga main bowling, tapi tidaklah layan selalu. Ada pertandingan, aku akan join itupun anjuran pejabat aku sahaja. Malam itu, dari nak beri sokongan pada moksu-moksu, alih-alih aku kena main sampai habis 3 games. Gara-gara moksu Eja yang minta aku ganti. Dia susah nak bermain sebab anak yang baby tak mahu tidur. Terpaksalah aku ganti sampai setel 3 games semuanya. Fuhh, naik lenguh juga tangan.

 

 

Main sampai habis games, tak sangka pula boleh dapat jatuhan pin tertinggi dan menang tempat pertama untuk line group team moksu. Tidaklah aku pergi ambil hadiahnya, sebab bukan nama aku yang ada.. Hadiahnya moksu Eja yang ambil, tapi diberinya aku semua.. hadiah pemain harapan moksu berupa wang tunai pun diberinya kat aku. Moksu Eja langsung tak ambil. Aku tolak, dia suruh juga ambil. Segan pula akunya.

 

 

Berkat moksu Eja yang tak berkira ni, nama dia dipanggil untuk ambil hadiah cabutan bertuah. Yang kelakarnya, time nak ambil hadiah cabutan bertuah, suruh aku pula pergi ambil. Hahahaha. Kalau aku yang pergi ambil, memang tak bagilah hadiah bertuah tu kat moksu Eja wey… Mana mungkin tak mahu, dapat set home teater lah…hahahaha, kalau tidak menyesal tak sudahlah moksu Eja kan.

 

 

About emarieys

Ema has written 1158 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

PTT Outdoor

You may also like...

8 Comments

  1. Wah bertuahnya dapat menang lawan bowling.Mesti minat juga main kan.Teruskan.Terima atas pengalaman yang menarik tu.

    1. Minat memang minat… tapi time nak join kadang-kadang tak dapat nak join juga.

  2. Lama dah tak main bowling, sejak sakit ni memang tak dibenarkan langsung untuk angkat bola berat. Sobsss… Tapi bestnya hadiah home teater tu…

  3. Ada aktiviti begini memang menarik..

    boleh melepaskan stress bekerja dan sebagainya
    mrhanafi recently posted…Mengapa Blog Tu Simple Sangat ?My Profile

  4. bestnya
    lama xmain bowling

  5. Bagusnya Eja nih kak.tak kedekut dan berkira pun.dia ikhlas beri pada akak,dia dapat rezeki yg lain

  6. Inilah untungnya jadi bidan terjun. bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu
    NORIZA ABDUL RAHMAN recently posted…5 Sebab KENAPA Perlu Makan Kolagen Setiap Hari, Bukan Semata-Mata untuk Cantik!My Profile

  7. Dah lama tak main bowling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge