Lawan Bowling Di Mines

Bowling tournament dah lama tak buat. skill nak hayun bola bowling pun dah tak ada. Tak berlatih tak apa, terus nak masuk lawan. Bukan lawan terbuka pun, tapi lawan sama sepejabat dan famili. Kalah teruk pun tak malu.

piala boling

Beruntung kalau menang nombor satu hingga tiga, piala dapat voucher pun dapat. Tapi tak heran sangatlah voucher tu…ayat jeles ni.

voucher

Mewah hadiahnya. Ini hadiah hasil kutipan yang nak mainlah.

hamper

Seronok sangatlah anak bujang aku ini bawa jalan-jalan. Mentang-mentanglah si kakak di kampung, dapat perhatian lebihlah kat dia. Tapi dia dah memang lebih pun, kalau kakaknya ada bersama.

bowling

Menang kumpulan nombor lima dari lapan kumpulan. Tak kisahlah nombor satu atau hujung tetap hamper sama semua.

juara boling

pertandingan boling

Itupun hasil dari ahli kumpulan aku mr.ery, hadafi dan israq. Yang berbaju biru tu en padli dari kumpulan lain. Memandangkan dah nak pergi posting di negara sejuk tak lama lagi bergambar sebagai kenangan.

bowling

Aku bersama isteri en padli. InshaALLAH umur panjang, murah rezeki nak juga merasa negara sejuk sekali.posting

Bowling sudah, dapat hadiah pun sudah. Sempat lagi diaorang duduk bilik karok. sempat layan dua tiga lagu.

Karok time

Bowling kalau nak asah skill kena selalu main. Kalau tak masuk longkanglah jawabnya. Macam aku pula, balingan asyik mengiri jadinya. Last-last nak habis tu, aku suruh diaorang yang buat balingan. Bukan apa, jari pun dah luka.

About emarieys

Ema has written 1193 post in emarieys.com.

Malaysian blogger and author of a blog about career, parenting, lifestyle, product review.

21 Comments

    1. Author

      yang masuk longkang banyak sayalah..tapi masih lagi tidak memegang title raja longkang..nasib ada orang lain lagi…hehehe.
      emarieys recently posted…Homestay Port DicksonMy Profile

  1. Lama sungguh tak main bowling. Kalau pergi empat beranak rasa macam tak best pulak, nak kena tunggu anak-anak saudara free semua barulah best pergi ramai-ramai. Sesekali lepas tension berkaraoke tu pun best gak kan!
    Mummydearie recently posted…Ber-Papa John kita hari ni …My Profile

    1. Author

      kalau dapat memang sengeh memanjang..tapi dah tahu apa yang ada dalam voucher tu..tak kisah sebab dah selalu dapat makan.
      emarieys recently posted…Homestay Port DicksonMy Profile

  2. Bestnya main bowling. Lama tak main, nak bawa anak main bowling hujung minggu ni. Anyway congrats.
    Logeswary recently posted…ACE SetMy Profile

  3. As Salam,

    Nak tanya, Piala tu tempah kat mana? Boleh bg no phone kedai?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge