Menginap di Lavida Homestay, Ipoh kepunyaan Dato Seri Vida. Rezeki aku yang menang contest dari facebook Dato Seri Vida baru-baru ini. Alhamdulillah. Terima kasih DSV dan Lavida Homestay.
Homestay yang aku dapat ni, memang besar giler..takkan nak pergi dengan 5 beranak jer kan… Aku setkan tarikh dengan keluarga aku biar diaorang pun dapat pergi. Abah dan mak mertua pun akan ikut sekali, tapi last minute tak jadi..
Keluarga aku pun sama awalnya dari jadi tak jadi..jadi tak jadi..jadi tak jadi…akhirnya jadi juga percutian bersama keluarga. Memang nyaris-nyaris tak jadi pun..malam sebelum bertolak baru bagi keputusan. aku bertolak dari Kuala Lumpur, keluarga pula bertolak dari Kelantan.
Ipoh, Perak
Aku yang sampai dulu di Ipoh sempat singgah makan tengahari di nasi ganja yang femes tu…ermmmm, ramainya orang..tak tahu apa yang sedap sangat tu. Jam 2:00 petang baru boleh masuk Lavida Homestay. Masih awal lagi, aku waze dekat situ ada pasaraya Mydin besar di Meru, Ipoh…lebih kurang jarak 5KM sahaja dari homestay. Jawabnya, memang ke Mydin lah dulu…tak sampai setengah jam dalam tu, keluarga aku call bagitahu diaorang dah sampai depan rumah Dato Seri Vida? Hah, rumah Dato’ Seri Vida? Biar betul ni. “Bukan rumah dato ma, tapi homestay. Ma search guna alamat along bagi ke tak”? “Tak tahulah along, ginilah ma tunggu along depan masjid kat depan”..entah rumah siapa keluarga aku tuju..katanya ada nampak pokok kurma.

Elok aku keluar dan sampai kawasan dengan alamat yang diberi, tepat jam 2:00 petang aku call kak Aida bagitahu tak jumpa…waze berhenti betul-betul depan masjid yang keluarga aku tunggu.. terpaksalah kak Aida bagi direction atas talian.
Lavida Homestay, Meru, Ipoh
Aku disambut oleh tiga orang termasuk kak Aida.. Kak Aida terangkan serba sedikit apa yang disediakan di Lavida Homestay. Masa sampai dipintu pagar pun kitaorang semua terpegun dengan banglo yang mewah dan besar ini..Kawasan pula sunyi dan agak tenang. Aku pula yang risau takut kawasan yang agak privacy tak boleh bising-bising…biasalah ada anak-anak ni kan…
Banglo dua tingkat lengkap segala kemudahan boleh muat lebih kurang 20 orang. Ada 5 bilik 3 di atas dan 2 di bawah.. semua bilik ada aircond kecuali bilik single dekat dapur.. Jangan risau, ruang tamu bawah ada aircond punyalah besar jenis cassette dan ruang tamu atas pun ada. Tak cukup bilik? Hampar toto, baring situ..
Perabot pun sangat exclusive dan mewah. Nak duduk atas sofa kemain semua duduk sopan jer…hehehehe..
Satu sudut di ruang tamu bawah
Di bahagian beranda mengadap kolam. Ada kolam kecil..bolehlah anak-anak nak mandi.
Lauk terhidang dari Kelantan..mama bawa bekal untuk jamu semua..lauk ini lagi sedap dari nasi ganja tu yer.
Bilik di Lavida Homestay
Master bedroom di tingkat atas ini aku punya..nak bagi kat pengantin baru…dia tak nak…pengantin baru cop bilik bawah. Aduhaiii, besarnya bilik ni.. kalah ruang tamu rumah sendiri..
Bilik air master bedroom pun besar siap ada tab mandi. Tak sempat pun nak berendam kat dalam.
Bilik kedua bertemakan warna kuning… masuk terus terang biji mata..pun siap ada bilik mandi dan tandas.
Bilik ketiga di tingkat atas juga ada bilik mandi dan tandas.. hiasan likes girly gitu…tapi yang stay bilik ni my abah dengan anak lelaki aku.
Aktiviti Malam di Lavida Homestay
Nak BBQ di Lavida Homestay memang boleh. Tapi kami bercuti nak pergi jalan-jalan makanya malam tu keluar dengan satu kenderaan jer…Menuju ke bandar Ipoh, singgah di ala-ala uptown gitu.. nak masuk mall, dah tak sempat. Di bandar Ipoh tak ada tempat nak dituju sangat…last-last pergi ke area yang dekat dengan Mydin Meru…Kat situ, malam lagi happening..
Happening sungguhlah…anak-anak duk berhabis duit nak main basikal…ada RM15 RM20 RM25.. Dan kat situ juga kami dinner di Char Kuey Teow Abang Sayang..dari jauh terus nampak signboard sebesar alam dan kedai terang benderang.
Semua makanan ada..masing-masing dah agak penat…semua pakat order char kuey teow..boleh tahan sedap. udang pun besar-besar.
Balik homestay pakat tidur lena semua…tak sedar apa…bangun pagi siapkan breakfast yang mama dah siap bawa bahan-bahan.. pekena pamoga coffee yang disediakan..bersiap-siap untuk check-out..sebenarnya jam 12:00 tengahari check out..tapi alang-alang dah sampai Ipoh, keluarga nak singgah ke Cameron Highlands.. awallah kami keluar.
Servis Terbaik
Terima kasih Dato Seri Vida (DSV) yang telah menyediakan penginapan untuk keluarga kami yang sangat exclusive dan mewah ini…sampaikan nak buka dapur gas pun tak reti…hahahaha… bercarton air pamoga dan Qu Puteh keluarga kami habiskan….inilah kenangan terindah bersama keluarga.
DSV ada share video di IG, tapi tak penuh sebab lebih 1 minit… korang boleh tengok full video kat bawah ni.
Yang mana nak bercuti di Ipoh dalam kuantiti yang ramai, dari sewa hotel lebih baik menginap di Lavida Homestay ini. Memang aku syorkan sangat…dekat dengan Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh dan bandar Ipoh. Untuk plan buat majlis perkahwinan, mesyuarat pun boleh yer..kawasannya sangat lapang…kalau korang tengok video atas tu..boleh tengok gelagat anak-anak kitaorang main kejar-kejar. Bukan homestay ini saja yang ada, depan dan sebelah pun kepunyaan Dato Seri Vida juga.
Follow IG : @lavidahomestay
Follow FB : Lavida Homestay
Whatsapp: Kak Aida – 016-224 2808 (booking)
Nota kaki: Tak kesampaian nak jumpa DSV dan rasa masakan mak jah.
Lawanya! Seronok kan dpt merasa mewah satu malam hehe
Best cantik siap ada bath tub lagi tu..
bestnya.. Haida pun belum merasa lagi walaupun duduk Ipoh je. Lambat tau Ema dtg Ipoh kalau tak boleh kita jumpa kan.