Dah makan tengahari ke?
Hari Jumaat selalu aku pergi cari nasi tengahari di gerai-gerai tepi Masjid Negara tu. tapi bila sampai kat bulatan Masjid Negara tadi. nampak jalan clear. so, aku teruskan tak membelok ke kiri.
Satu masalah kat opis adalah tak ada kantin dan tak ada orang yang berniaga. kalau rajin ada lah yang akan masak di pantri. kalau rajin ada lah yang keluar dan kirim saja. tapi kalau asyik mengirim kat orang tak best jugakan…walhal boleh pergi sendiri..
Balik cerita aku pandu terus tadi..aku nak makan nasi tengahari di gerai makcik yang berniaga di sebelah KWSP. gerai bawah pokok. dah lama tak pekena nasi makcik ini. apa yang aku suka adalah harganya dan lauk kegemeran aku ada di sana.. tu hah, kentang goreng tu..itu yang paling aku suka.
Ini lauk yang aku ambil tadi…tekalah berapa RM?
Tapi makcik ini jual nasi untuk ditapau jer..tak boleh makan sana.sebab tak ada kerusi meja. selain makcik ini, ada beberapa gerai yang jual pelbagai air, buah, kerepek pun ada..
Memandangkan aku pergi seorang tadi. terpaksalah parking kereta di tempat parking. kalau berteman, boleh juga teman tunggu di dalam kereta dan pergi beli bergilir-gilir…kalau tak makan samanlah jawabnya.
Dah dapat teka ke berapa RM tu?
Nasi putih + kentang + seketul hati ayam = RM 2.50
Ikan goreng masak kicap = RM 2.00
Sayur air = RM 1.00
Total = kira sendiri…..
Dan bila mr.ery call tanya aku kat mana? aku cakaplah beli nasi kat KWSP. mr.ery sangka KWSP kat tempat opis dia tu. bukan yang itu, tapi KWSP di KL ni… mr.ery cakap jauh…tapi bagi aku tak adalah jauh..jauh sebab kalau ianya jem….hehehehe.
Agak-agak berbaloi ke dengan harga nasi dan parking kereta RM 3?
Sekali-sekala bolehlah kan…